KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 29, 2008

UMNO MELAKA TERUS MEMPERGUNAKAN BALAI RAYA


jasindaily

Zaili Muhammad

MELAKA - Tindakan Umno Melaka yang terus menggunakan balairaya sebagai bilik gerakan amat dikesali dan sekaligus mengambarkan bahawa mereka begitu terdesak bagi berdepan dengan pelbagai isu yang melanda Negeri Melaka menjelang Pilihan Raya Umum nanti.

Walaupun telah didedahkan kepada umum kegiatan yang tidak bermaruah ini, namun Umno Melaka tanpa ada rasa malu masih lagi menganggap bahawa balairaya itu sebagai bilik gerakan mereka sejak turun termurun.

Tinjauan Harakahdaily mendapati, balairaya di Kampung Pulai yang terletak di dalam Dun Serkam masih lagi digunakan sebagai Bilik Gerakan Umno bagi Unit Peti Undi Pulai dan berperanan sebagai Tabika Kemas yang telah beroperasi sejak puluhan tahun.

Dun Serkam adalah merupakan antara 'kawasan panas' yang menjadi perebutan sengit di antara PAS dan Umno di Melaka sejak sekian lama, berikutan pelbagai program untuk mendekati masyarakat dan kempen penerangan yang dilakukan oleh Majlis Tindakan Dun Serkam menyebabkan pimpinan Umno mula merasa tergugat.

Itulah sebabnya, hampir semua balairaya di dalam Dun ini turut dijadikan sebagai Bilik Gerakan Umno BN bagi memastikan kelancaran kempen pilihan raya dan kemenangan mereka kelak.

Sebelum ini, Harakahdaily telah mendedahkan bagaimana balairaya Kampung Seri Minyak yang juga terletak di bawah Dun Serkam digunakan sebagai Bilik Gerakan Umno dalam menjalankan 'pilihan raya olok-olok'.

Akibat pendedahan yang memalukan itu mereka telah mencabut semua bendera BN yang dipasang di balai raya tersebut tetapi sebenarnya mereka masih lagi menggunakan balai raya itu sebagai bilik gerakan BN bagi menjalankan pelbagai operasi kempen pilihan raya yang dilihat semakin agresif sejak akhir-akhir ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive