KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 29, 2008

Mashitah dikritik kerana "buka pekung di dada"


mstar

BALING: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Baling kesal dengan kenyataan Anggota Parlimen Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mendakwa kononnya ada pihak memburuk-burukkan beliau dan mempertikaikan prestasinnya sebagai wakil rakyat.

Ketua pergerakan itu Safiah Abdul Rahman berkata kenyataan Mashitah, yang juga Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri, ibarat membuka pekung di dada dan tidak wajar dibuat kerana ia tidak kena pada masa dan tempat.

"Beliau telah membelakangkan nasihat pucuk pimpinan parti supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan usaha menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita di sini bagi mengulas kenyataan akhbar Mashitah Isnin.

Dalam laporan itu, Mashitah berkata ada pihak kononnya mendakwa prestasi beliau sebagai wakil rakyat tidak memuaskan.

Safiah berkata sebagai pemimpin, seseorang itu tidak seharusnya menilai sendiri prestasinya kerana ini perlu dibuat oleh orang lain.


Mashitah, 43, ialah bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebelum bertanding pada pilihan raya umum 2004 dan mengalahkan Taib Azamudden Md Taib dari PAS dengan majoriti 4,229 undi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive