KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 9, 2008

Daripada pendatang asing kepada Pengarah Urusan


Malaysia Today

LAPOR… Zainuddin tidak gentar sekalipun menerima pelbagai ugutan, malah terus membuat laporan polis terhadap Emelda Doliente @ Norsiah Abdullah kerana yakin dengan keluhuran perlembagaan dan masih wujud kedaulatan undang-undang.

“Saya hairan kerana Emelda pernah ditangkap dan diusir beberapa kali ke negara asalnya Filipina tetapi berjaya menyusup semula ke Sabah dan bekerja di beberapa pusat maksiat di Labuan sebelum menjadi perempuan simpanan lelaki Brunei berkenaan,” tegas Zainuddin lagi.

Dengan bantuan Alias, Emelda telah berjaya mendapat kad pengenalan hijau H8032925 yang digandingkan dengan IMM13 iaitu suatu proses yang ganjil dan bercanggah dengan undang-undang.

Setelah lama menjadi wanita simpanan, Emelda memeluk Islam dan menukarkan namanya kepada Norsiah Abdullah semata-mata kerana mahu menukar identitinya dan bernikah dengan Alias.

Alias yang mendapat taraf warganegara Malaysia menggunakan statusnya untuk menjamin isterinya mendapat status kewarganegaraan secara songsang kerana melangkah banyak peringkat penting dan dibuat secara tidak teratur.

“Bagaimana seorang yang mendapat kad pengenalan bertaraf penduduk sementara tiba-tiba menjadi warganegara sebelum mendapat taraf penduduk tetap,” tanya Zainuddin yang membidas Jabatan Imigresen Labuan agar tidak tutup mata dengan kejalangan ini. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive