KUALA LUMPUR 8 Jan. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan pelaksanaan tiga langkah penting membanteras jenayah dan memantapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan awam dan premis yang dikenal pasti berisiko tinggi.
Malas untuk komen sebab bukan sahaja memenatkan malah memuakkan. Usaha yang sama, benda yang sama dari satu sumber yang sama. Media pun macam dah tak der berita menyiarkan perkara yang berulang ulang setiap kali jenayah meningkat. Melapurkan sarahan Pak lah untuk pasang kamera, sebenarnya menjatuhkan kredibiliti seorang Perdana Menteri. Rakyat akan berkata, Pak Lah lemah atau Pak Lah lebih tidur dari jaga, maka sukar benar untuk mengeluarkan idea selain dikutip dari semua sumber. Berulang ulang tentang perkara yang sama.
Seharus nya sebagai seorang Perdana Menteri, beliau mampu untuk memberikan lebih dari idea sebegitu. Kalau tidak pun, mungkin ada mereka mereka yang boleh menyalurkan idea selain dari memasang kamera. Pak Lah mungkin tahu, punca sebenar kejatuhan prestasi polis dan peningkatan kadar jenayah ada kaitannya dengan beberapa unsur, termasuk campurtangan politik di dalam memberikan arahan, rasuah dan kerjasama dengan penjenayah, pendatang asing masuk tanpa kawalan dan pengekalan Musa Hassan yang tidak berkualiti di dalam urusan pentadbiran polis.
Pasanglah banyak mana pun kamera, jenayah tidak akan kurang kerana penjenayah ada kalanya lebih bijak mencatur perancangan untuk berbuat jahat. Kalau polis tidak boleh berfikir kehadapan dan menyeluruh, maka semua usaha ini adalah sia sia belaka. Memasang kamera adalah idea jangka pendek. Seharusnya Pak Lah memikirkan punca jenayah meningkat.
Menyedihkan ..... keselamatan sekarang ditangan masing masing. Kalau pegi balai kerana sebarang kes, setakat untuk membuat lapuran. Rujuk polis hanya bila nak basmi perhimpunan dari parti pembangkang. Satu Malaysia pun polis mampu buat sekatan. Malaysia semakin karut.
0 comments:
Post a Comment