BPR panggil 10 individu
Oleh Zainuddin Zain dan Rudy Syareme Sheriffudin
Harian Metro
GEORGETOWN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) mahu sebarang spekulasi berhubung kemasukan 25,000 tan beras wangi dari Thailand bernilai lebih RM60 juta ke negara ini tanpa permit import (AP) dihentikan sehingga siasatan selesai sepenuhnya.
Pengarah Siasatannya, Datuk Shukri Abdull, berkata semua pihak perlu memberi peluang dan masa kepada BPR untuk menyelesaikan siasatan.
Menurutnya, pada masa ini BPR sudah mengambil keterangan 10 individu membabitkan tiga jabatan.
Beliau berkata, mereka yang diminta membantu siasatan terdiri daripada kakitangan Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selain Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
“Setakat ini tiada sebarang tindakan diambil kerana siasatan masih dijalankan berhubung kes ini dan semua 10 individu ini hanya direkodkan keterangan bukannya ditahan. |more...|
Jan 9, 2008
KES BERNAS SELUDUP BERAS
Labels: Penyeludupan BERAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment