MB persoal sekolah pisah lelaki-perempuan
MSTAR
SEREMBAN: Sebuah sekolah menengah di Taman Seremban Jaya di sini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa kerana mengasingkan pelajar perempuan dan lelaki dalam semua aktiviti termasuk ketika membeli makanan di kantin.
Perkara itu akhirnya dibawa ke pengetahuan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang meminta Jabatan Pelajaran Negeri segera menyiasat dakwaan itu.
"Kita tidak mahu ada sekolah buat dasar baru. Dasar kita ialah sekolah bercampur, kalau nak asing-asingkan murid baik tidak payah buat sekolah campur," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco hari ini.
Katanya amalan mengasingkan pelajar bukan merupakan satu amalan biasa di Negeri Sembilan dan sekolah berkenaan telah membuat satu dasar baru yang bertentangan dengan dasar pendidikan sedia ada.
"Saya tidak mahu sentuh soal boleh atau tidak, cuma kalau sebuah sekolah sudah buat dasar baru, bayangkan kalau sekolah-sekolah lain juga buat dasar masing-masing. Sebelum keadaan menjadi tidak terkawal ... buatlah tindakan sekarang," katanya.
No2umnO - Aku dah tak faham dengan pemimpin Islam yang cuba mempertikaikan kaedah baik di dalam sistem pembelajaran. Sekarang ini masalah remaja semakin meningkat. Bukan sahaja maksiat, malah soal anak haram semakin menjadi jadi. Adalah lebih baik buat sesuatu sebelum keadaan bertambah parah. Tidak pula pada MB Negeri Sembilan ini. Beliau mahu semua dicampurkan.
Kenapa pula tidak disoalkan kaedah sembahyang di Masjid yang membezakan antara Perempuan dan Lelaki? Kenapa tidak dicampurkan sahaja? Melayu hancur kerana Melayu dan Islam tidak hancur kerana orang lain, ia bakal hancur oleh umat nya sendiri apa bila mereka yang bertindak seolah olah dia lebih pandai dari Allah swt. Kalau KAFIR cakap macam tu, aku tak sikit pun hairan. Yang aku pelik orang Islam sendiri mempertikaikannya. Makin hari, makin kelam ..... dengan karenah pemimpin yang semakin tenggelam.
Jan 9, 2008
MB N.SEMBILAN PERTIKAI KAEDAH ISLAM
Labels: Belit BN, Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment