KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 9, 2008

MIC PULAU PINANG PARAH

MIC PULAU PINANG PARAH MIC SERKAM BAKAL MENYUSUL ...

KEPALA BATAS, 9 Jan (Hrkh) - Parlimen Kepala Batas bakal dikejutkan dengan penyertaan beramai-ramai ahli MIC, PPP dan IPF pada 12 Januari ini. Penyertaan itu dikatakan berpunca daripada sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menangani isu Hindraf dan sikap ketidak prihatinan Presiden MIC, Dato' Seri S. Samy Vellu terhadap berbagai isu melibatkan kaum India. Dijangka 500 orang ahli ketiga-tiga parti tersebut akan mengumumkan penyertaan mereka kepada Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang, Dato' Zahrin Hashim di satu lokasi yang akan ditetapkan kelak.

Menurut sumber bukan sahaja 500 masyarakat India yang akan berbuat demikian bahkan dijangka melebihi sasaran. Masyarakat India di Parlimen Kepala Batas berjumlah 1,700 orang dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bertam sahaja berjumlah 1,300 orang berbanding Dun Penaga dan Pinang Tunggal. Pada bulan lalu, Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar sendiri menerima 30 bekas ahli MIC di sekitar Parlimen Tasek Gelugor dalam satu ceramah di Pejabat PKR Bahagian berkenaan. Kemasukan itu bererti kubu kuat MIC di Pokok Machang pecah dan pastinya memberi laluan mudah kepada Barisan Alternatif (BA) untuk mengembangkan pengaruh di situ

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive