Seorang teman memberitahu tentang berita kerosakan yang berlaku di Masjid Putrajaya. Mulanya aku rasakan ianya satu pembohongan. Menurut beliau, lantai di Masjid tersebut, terkopak dan tersembul keluar. Sementara banyak barangan yang ada di dalam masjid seperti paip air dan sebagainya perlu ditukar kerana tidak boleh lagi digunakan. Setelah bukti dokumen tawaran kerja dan lawatan tapak beliau ditunjukkan, memang ada kebenaran.
Menurut beliau lagi, apabila lantai
tile' tersembul keluar, maka permaidani pun harus ditukar. Menurut sumber yang diperolehi, kos pembaikan masjid berkenaan melibatkan Tender membaik pulih bernilai RM23 juta. Ia nya termasuk membongkah, menghapuskan sisa tile, memasang semula permaidani dan menukar peralatan masjid. Menyedihkan, banyak barangan pembinaan tersebut dahulunya diimpot dari luar negara. Ketika ini proses membaik pulih sedang di jalankan dan tender telah pun diserahkan kepada satu syarikat.
Sambil bergurau, teman itu berkata, kalau hendak beribadat, bukan setakat diri, malah masjidnya perlu betul betul bersih. Beliau merujuk kepada khabar isu rasuah yang berlaku ketika pembinaan Bangunan di sekitar Putra Jaya. Wallahualam.
Jan 9, 2008
MASJID PUTRAJAYA ROSAK TERUK ?
Labels: Pembaziran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment