Rape - 3,177 cases (+ 29.5%)
Outraging modesty - 2,320 (+ 12.4%)
Night-time home break-in - 24,440 (+ 21.7%)
Day break-in - 9,159 (+4.2%)
Motorcycle theft - 67,854 (+ 3.2%)
Car theft - 12,427 (+ 11.4%)
Snatch theft - 11,127 (+0.5%)
n32.blogspot.com
Rupanya di bawah pentadbiran Dollah Badawi bukan hanya kos hidup naik, harga barangan dan perkhidmatan naik, tetapi indeks jenayah turut naik dan menyumbang kepada kebimbangan rakyat.
Semuanya meningkat, jenayah kekerasan yang melibatkan rogol, samun, mencabul kehormatan, membunuh meningkat dari 44,016 pada tahun 2006 ke 49,897 pada tahun 2007 iaitu peningkatan sebanyak 13.36%. Jenayah harta benda yang melibatkan pecah rumah, ragut dan curi kenderaan meningkat dari 165,372 kes pada tahun 2006 ke 174,401 pada tahun 2007 iaitu peningkatan sebanyak 5.46%.
Bagi kes rogol sahaja bagi tahun 2007 terdapat 3,177 kes (yang dilaporkan) seluruh negara. Iaitu bersamaan 265 kes sebulan, iaitu bersamaan 9 kes rogol sehari. Bayangkan betapa bahaya dan tidak selamatnya suasana kita pada hari ini!
Dan dengan serta merta Dollah mengumumkan 5 langkah serta-merta akan diambil iaitu:
1) MEWAJIBKAN pemasangan CCTV di premis dan lokasi berisiko tinggi
2) Menawarkan kontrak kepada pegawai dan anggota yang akan dan telah bersara
3) Menyerahkan urusan pentadbiran lebih kepada kakitangan awam
4) Menambah pusat latihan
5) Pemaju perumahan perlu peruntukkan ruang dan premis untuk dijadikan balai
Kalau sudah parah memang langkah-langkah segera dan berkesan perlu diambil. Saya kira selain langkah-langkah di atas yang paling segera adalah mengarahkan agar Dollah sendiri mengosongkan kerusi Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk memberi laluan kepada seorang menteri baru. Sekarang ini Dollah terlalu berlapis bajunya! Selain PM beliau juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Saya melihat Dollah ternyata tidak mampu memberikan tumpuan di dalam portfolio yang begini kritikal yang beliau sendiri tidak pernah berpengalaman duduk di dalamnya. Isu keselamatan dalam negeri dan jenayah adalah isu yang melibatkan rakyat secara langsung. Jika menterinya culas, lemah apalagi tidal layak, rakyatlah yang akan menanggung padahnya. Dan kini terbukti mangsa secara langsung terhadap mencacak naiknya indeks jenayah ini adalah kita semua!
Mungkin berdasarkan hakikat ini Ketua Polis Negara boleh mencadangkan agar dimasukkan satu lagi langkah selain 5 dia atas iaitu:
Tukar Menteri yang ada dengan menteri baru!
Setuju tak?
Jan 9, 2008
Indeks jenayah mencacak naik, perlukah menterinya ditukar?
Labels: Belit BN, Belit Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment