KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 4, 2008

ADA YANG CUBA GANGGU INTERNET PULAK DAH

Kempen dalam internet: SPR tidak ada kuasa
MStar
Oleh SA'ODAH ELIAS

PETALING JAYA: Penggunaan teknologi maklumat terutama internet dijangka menjadi alat berkempen paling berpengaruh pada pilihan raya akan datang melebihi masa-masa sebelum ini, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui tidak berupaya untuk mengawal selia kegiatan itu kerana ia di luar bidang kuasanya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keadaan ini berlaku kerana peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya (1954) (AKP) dalam hal mengawal kegiatan berkempen hanya terhad kepada bahan-bahan kempen tradisional tetapi tidak kegiatan berkempen menggunakan teknologi maklumat.

"Kita hanya boleh kawal kegiatan kempen melalui ceramah, rapat umum serta yang menggunakan bahan tradisional seperti risalah, sepanduk, poster dan kain rentang. Lain daripada itu, kita tidak boleh buat apa-apa.

"Jika pihak tertentu didapati memaparkan sesuatu yang dianggap bohong, fitnah, mengandungi unsur menghasut atau apa-apa maklumat yang dianggap rahsia rasmi menggunakan bahan kempen tradisional, seperti risalah, sepanduk atau kain rentang, kita boleh ambil tindakan dengan merampas, menurunkan dan memusnahkannya.

"Tetapi jika perbuatan sama dilakukan dan disebarkan menggunakan teknologi maklumat, kita tidak boleh bertindak. Terpulanglah kepada yang terlibat untuk mengambil tindakan mengikut peruntungan undang-undang yang lain untuk menjaga kepentingan mereka," katanya kepada mStar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kegiatan berkempen tidak rasmi melalui internet, terutama oleh laman-laman web dan blog yang berunsurkan politik yang telah pun bermula sejak dua bulan lalu, walaupun tarikh pilihan raya masih menjadi tandatanya.

Beliau menjelaskan AKP tidak mempunyai peruntukan untuk mengawal kegiatan kempen yang menggunakan apa juga bentuk teknologi maklumat, sama ada melalui kaedah khidmat pesanan ringkas (SMS), khidmat pesanan multimedia (MMS), internet atau telivisyen berasaskan internet.

Beliau juga menggesa pihak yang berkepentingan agar mengambil inisiatif memantau kegiatan berkempen melalui internet dan membuat laporan sama ada kepada polis atau kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia jika terdapat bahan-bahan yang berunsur bohong, fitnah, menghasut atau melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang lain.

Mengulas kegiatan parti-parti politik yang telah pun memulakan perang bendera di tempat-tempat awam, Wan Ahmad berkata perkara itu juga berada di luar bidang kuasa SPR.

Katanya, terpulanglah kepada pihak berkuasa tempatan untuk bertindak ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab kerana mencacatkan pemandangan di tempat awam dengan memasang bendera dengan jumlah yang banyak.


SPR, katanya, hanya boleh menguatkuasakan undang-undang dan peraturannya sebaik parlimen dibubarkan dan tidak sebelum itu.

No2umnO - Isu ini timbul mungkin kerana ada beberapa beruk di dalam UMNO dan BN yang tidak tahan dengan serangan blogger dan website yang mengkritik kerajaan Barisan Nasional. Dengan pengertian lain bahawa masih ada pihak yang cemburu atau cuba menyekat kebebasan bersuara. Kalau internet cuba di halang, kenapa agaknya media arus perdana terus berkempen untuk Barisan Nasional. Kalau ada Pihak yang tidak berpuas hati kenapa tidak dihalang dulu berita berunsur propaganda di TV? Bila la agaknya Malaysia mahu sampai ke status betul betul adil? Rosakkkkkk..... Tentang bendera parti pula, tindakan mencabut dan menjatuhkan bendera banyak dibuat oleh PBT PBT dan bukan SPR sendiri. Kalau ditiang elektrik dan barangan kerajaan tak per tapi atas pokok dan primis sendiri pun tak boleh....pelik sungguh Malaysia.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive