KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 4, 2008

Sebab Ali Rustam Ditarik Ke Pusat

Serkamvelleyonline
Tg Kudin

Pentadbiran Ali Rustam lemah, tidak cekap dan penuh penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa menyebabkan hutang Melaka sejak beliau mengambil alih kepimpinan negeri pada tahun 1999 berjumlah RM 482 juta meningkat mendadak setiap tahun sehingga pada tahun 2006 berjumlah RM 1.05 bilion, ini bermakna setiap rakyat Melaka mempunyai hutang sebanyak RM 2,342.22.

1 - Ali Rustam didakwa guna Tabung Kesihatan untuk ahli keluarga dengan mewujudkan satu Tabung Kebajikan peribadi di atas nama peribadinya sendiri bagi membolehkan bantuan kewangan dihulurkan kepada pesakit miskin dan berkeperluan untuk kos dan perbelanjaan hospital dan perubatan menurut laporan kepada BPR 4 Januari 2006 oleh Lim Guan Eng, Ali Mohd Rustam menyalahgunakan Tabung Misteri Kebajikan Kesihatan tersebut sebanyak RM 908,242.33 sejak 2001 untuk membiayai kos rawatan hospital ahli keluarganya sehingga 31 Mac 2005.

Sumber tabung itu ialah daripada Umno Melaka sebanyak RM 368,283.82 dan RM 539,958.51 diperolehi daripada derma orang awam yang dipungut oleh Ketua Menteri Melaka sendiri. lebih daripada RM590,000 (65%) digunakan untuk orang kaya bergelar Datuk-datuk dan ahli keluarga Ketua Menteri Melaka sendiri, iaitu RM 365,000 atau 40% digunakan untuk ahli keluarga Ketua Menteri sendiri termasuk isteri, anak-anak, abang ipar, mak mertua, kakak dan arwah ibunya dan 225,000 atau 25% digunakan untuk pesakit bergelar datuk ataupun isteri datuk.

Orang awam hanya mengetahui mengenai tabung misteri tersebut selepas tiga tahun didirikan, ini melibatkan penyelewengan oleh seorang wakil rakyat dan ahli pentadbiran yang menggunakan wang awam yang dikutip atas tujuan membantu orang miskin, Ali Rustam telah menyalahi peruntukan-peruntukan 10 hingga 15 dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997, khususnya seksyen 15.

Sekiranya beliau disabitkan kesalahan, Ali akan berhadapan dengan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun; dan didenda tidak kurang daripada 50 kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan atau RM 10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi dibawah seksyen 16.

2 - Pejabat Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang juga Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam disita Mahkamah Tinggi berikutan kegagalan agensi itu membayar tunggakan hutang lebih RM2.23 juta kepada Subang Teknik (M) Sdn Bhd .

Selain Pejabat Mohd Ali di Tingkat 11 Bangunan PKNM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu, tujuh lagi tingkat lain milik PKNM termasuk yang menempatkan pejabat pengurus besar turut disita. Arahan sita itu dikeluarkan menerusi surat penghakiman Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Timbalan Pendaftar, Elesabet Paya Wan bertarikh 28 Jun 2006.

3 - Penjualan dua aset Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) iaitu Ayer Keroh Country Resort (AKCR) dan Tanjung Bidara Beach Resort (TBBR) yang mengalami kerugian teruk adalah bukti kelemahan kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri Mohd Ali Rustam. AKCR telah dijual kepada AMZ Resort (Melaka) Sdn Bhd dan TBBR kepada Brisdale Asset Sdn Bhd (kemudian ditukar kepada IIUM Holdings Sdn Bhd) walaupun tanpa mendapat kelulusan kerajaan pusat seperti yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2006 baru - baru ini.

Berdasarkan laporan itu, AKCR dijual pada harga RM6.7 juta sedangkan harga di pasaran manakala TBBR dijual pada RM15.8 juta. RM6 juta sedangkan harga pasaran RM7.12 juta menyebabkan mereka menanggung kerugian sebanyak RM10.22 juta. Sudahlah ke dua-dua aset ini mengalami kerugian kemudiannya dijual pula dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran menyebabkan mereka rugi lagi sebanyak RM10.22 juta.

4 - Menara PERTAM Akan Dilelong? Pengerusi PERTAM, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dilihat telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya bagi memastikan prestasi pencapaian dan pengurusan kewangan dalam membangunkan TanahAdat Melaka yang merupakan aset paling berharga bagi orang Melayu. PERTAM juga terus mencatat kerugian terkumpul sehingga 31.12.2006 sebanyak RM 40.96 juta daripada pinjaman pokok sebanyak RM 35.91 juta yang diperolehi kerana tidak mampu membayar balik pinjaman. Ke tiga-tiga anak sykt rugi sehingga 31.12.2005

(+) PERTAM Construction Sdn Bhd - RM 5.03 juta (+) PERTAM Properties Sdn Bhd - RM 0.32 juta (+) PERTAM Trading Sdn Bhd - RM 0.65 juta. = RM 6 juta

Bukan sahaja sekadar tidak dapat membayar balik pinjaman malah keadaan pengurusannya begitu kritikal sehingga tidak mampu membayar gaji kakitangannya.

LELONG
Menara PERTAM - pinjaman RM 28.57 juta sedangkan kosnya RM 25.17 juta. Mengapa PERTAM perlu meminjam RM 3.4 juta lebih daripada kos pembinaannya?

Pinjaman berjumlah - RM 18.45 juta dari Bank Rakyat
(+) RM 5.32 juta juta dari Yayasan Melaka (+) RM 4.8 juta dari kerajaan negeri RM 4.8 juta Jumlah Keseluruhan = RM 28.57 juta

Setakat ini PERTAM hanya menjelaskan satu bayaran ansuran berjumlah 220,000 daripada 53 kali ansuran bayaran sebanyak RM 11.42 juta yang sepatutnya dijelaskan sehingga Disember 2006 dan bagi mendapatkan balik pinjamannya, Bank Rakyat sedang menjalankan proses untuk melelong Menara PERTAM.

5 - Sayang Melaka Sungainya Kotor! Orang ramai mempertikaikan kos perbelanjaan yang begitu besar digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan Sungai Melaka sebanyak RM 335 juta sedangkan kesannya tidak seberapa dan kualiti airnya masih seperti dulu.

Ini diakui sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang baru-baru ini melahirkan kekecewaan dengan kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pembersihan Sungai Melaka kerana gagal memastikan air di sungai itu bersih dan tidak berbau bagi menarik kedatangan pelancong. Oleh itu katanya, kerajaan negeri akan menyerahkan semula projek tersebut kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan meminta MBMB melantik kontraktor yang lain bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.

Serentak dengan itu beliau meminta Kementerian yang berkaitan supaya menahan wang yang perlu dibayar kepada kontraktor terbabit berikutan air sungai yang masih berbau busuk, berkelodak dengan lumpur dan warnanya seperti air longkang. Ali Rustam kata kebersihannya macam Sungai Venice dan San Antonio diTexas tapi hakikatnya begitu kotor, ini memalukan industri pelancongan di Melaka yang menjadikan Sungai Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan.

Projek ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan seperti bangunan MARA di tebing Sungai Melaka yang menempatkan peniaga bumiputera telah dirobohkan kerana dianggap mencacatkan keindahan sungai dan dijadikan tempat meletak kenderaan. Banjir kilat juga sering berlaku di sepanjang tebing sungai sehingga keparas lutut walaupun cuma ketika air laut pasang, padahal sebelum ini tidak pernah berlaku. Malahan ianya hanya mencantikkan ruang siar kaki di sepanjang tebing sungai itu sahaja dan baru-baru ini ribuan ikan belanak ditemui mati terapung di muara sungai yang mungkin berpunca dari pencemaran toksid yang teruk.

Yang dapat manfaat menerusi projek ini ialah kroni-kroni Ali Rustam ianya melibatkan empat fasa yang bernilai kira-kira RM 335 juta yang bermula dari Jalan Chan Koon Cheng hingga ke Jalan Tun Ali membabitkan jarak 4.5 kilometer sejak 2002 dan kini di fasa terakhir iaitu pembinaan pintu air pasang surut yang dijangka siap akhir Januari 2008. Selain itu, perkhidmatan bot penumpang yang disediakan oleh Melaka River Cruise untuk pengunjung menyusuri sungai itu, di mana ideanya dicetuskan oleh Mohd Ali juga tidak mendapat sambutan dan hanya tersadai menunggu penumpang.

Terdahulu, pengendali bot Parameswara Tour River & Island Trip dan para nelayan telah diarah menghentikan operasi bot mereka atau berpindah walaupun sudah beroperasi sejak 21 tahun lalu di kawasan itu mendakwa, tindakan berkenaan menjejaskan operasi syarikat sekali gus mengancam sumber pendapatan mereka. Lantaran itu, Pesta Sungai Melaka yang diadakan pelbagai aktiviti sukan air seperti perarakan perahu berhias terpaksa dibuat pada malam hari baru-baru ini bagi mengelakkan air sungai yang hitam dan kotor serta berbau seperti air longkang itu dilihat pelancong dari luar negara.

6 - Projek-projek mewah kerajaan negeri yang merugikan rakyat seperti:

  • Projek Lebuhraya Sungai Udang Ke Durian Tunggal sebanyak RM 280 juta
  • sepanjang 21 km atau RM 14 juta sekilometer di mana hanya separuh
  • adalah 4 lorong kereta;
  • Projek Hang Tuah Mall sebanyak RM 8.5 juta;
  • Projek air terjun Bukit Sebukor sebanyak RM 1.7 juta;
  • Projek pintu gerbang MBMB sebanyak RM 2.7 juta;
  • Jeti Parameswara sebanyak RM 13 juta yang tidak boleh digunakan
  • sebaik sahaja siap kerana akibat mendapan lumpur berpunca dari projek Pulau
  • Melaka yang juga terbengkalai.
  • Projek pesiaran kaki Jonker Walk sepanjang 600 meter sebanyak RM 1.8
  • juta atau RM 300 sekaki;
  • Bunga pasu sebanyak RM800 sebuah di sepanjang Jalan Bendahara;
  • Air pancut dan pesiaran kaki di depan Mahkota Parade sebanyak RM 2
  • juta dan jalan berbatu yang rosak sebaik ia disiap sebanyak RM 2.5 juta.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive