KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 4, 2008

BAZIRKAN RM250 JUTA UNTUK DISNEYLAND

detikdaily


Dalam pada rakyat diarahkan berjimat cermat dan membayar segala bentuk cukai, tol dan kenaikan harga barangan keperluan, Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi pula dengan sewenang-wenangnya menjahanamkan wang rakyat sebanyak RM249.3 juta hanya untuk tujuan bermegah-megah.
Oleh Ketua Perusuh

PERTAMA sekali saya ingin mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Almarhum Dato’ Ishak Baharum atas pemergian Bekas Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan. Semoga Allah merahmati beliau dan meninggikan darjatnya di akhirat kelak. Himpunan maaf dari saya sekeluarga atas ketidakmampuan kami untuk menghadiri majlis pengkebumian Almarhum Dato’ Ishak Baharum atas sebab-sebab yang tidak dapat kami elakkan.

Berbalik kepada tajuk yang diatas, kepada semua rakyat Malaysia anda sewajarnya berasa berbangga dengan kemampuan ekonomi Malaysia. Memang pada dasarnya Malaysia adalah sebuah negara yang kaya yang mana mampu menjanakan beberapa inisiatif bertaraf mega (giga) yang memperuntukkan belanja lebih dari 100 bilion. Malaysia memang sebuah negara yang kaya. Manakan tidak Abdullah Ahmad Badawi boleh melancarkan empat koridor ekonomi yang bernilai lebih dari 100 bilion (digabungkan) hanya dengan nilai KDNK negara yang kecil.


Kini anda boleh boleh berbangga dengan Malaysia kerana akhirnya impian Malaysia untuk memiliki sebuah taman tema (Disneyland Malaysia) akan dirasmikan hari ini. Taman Tamadun Islam (TTI), satu-satunya taman tema (Disneyland Malaysia) adalah seluas 33 hektar dan terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu serta menempatkan 21 replika monumen terkenal di seluruh dunia.

Apa yang pasti dengan pelaburan mencapai RM249.3 juta, tentunya taman tema ini adalah lebih bermanfaat (benarkah?) daripada pelaburan menyediakan buku teks percuma kepada semua pelajar sekolah peringkat rendah atau menengah ataupun dari pelaburan untuk menyediakan mesin homeodialysis di semua klinik kesihatan kerajaan agar dapat memudahkan pesakit mendapatkan khidmat dengan harga yang rendah atau percuma.

Jika kita campur, tolak, kira dan bahagi tentunya kita akan mendapati bahawa dengan RM249.3 juta yang dilaburkan untuk Disneyland Malaysia (TTI) tentunya dapat kita perolehi lebih daripada 2493 unit mesin homeodialysis dapat dibekalkan kepada semua klinik kesihatan kerajaan. Tapi Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi lebih mementingkan kebanggaan dan kehebatan serta lupa bahawa mereka diamanahkan untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya untuk bermegah-megah.

Pelancaran Disneyland Malaysia (Taman Tamadun Islam) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu memperlihatkan bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co bukanlah berminat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara kebajikan malah dengan sinisnya sanggup pula menghina (memperlekehkan) pihah lain yang bersungguh-sungguh bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara kebajikan.

Oleh kerana ini, jika anda merasakan bahawa anda tidak mendapat banyak kemudahan dan kebajikan sebagai rakyat Malaysia, maka sedarlah bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co hanya ingin memeras perolehan dari anda (cukai dan sebagainya) tanpa perlu memberikan apa-apa khidmat kepada anda.
Hasil cukai yang dikutip hanyalah untuk mereka dan keluarga mereka.

Warga Malaysia tidak sewajarnya dijadikan lembu susu kepada kegilaan Abdullah Ahmad Badawi & Co malah warga Malaysia berhak mempersoalkan kewajaran pembinaan Disneyland Malaysia ini yang dirasakan tidak kena pada masa dan tempatnya.

Dalam pada rakyat diarahkan berjimat cermat dan membayar segala bentuk cukai, tol dan kenaikan harga barangan keperluan, Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi pula dengan sewenang-wenangnya menjahanamkan wang rakyat sebanyak RM249.3 juta hanya untuk tujuan bermegah-megah.

Kalau beginilah caranya Abdullah Ahmad Badawi mentadbir ekonomi negara, maka jangan terkejut jika Malaysia akan menjadi bankrap dengan lebih pantas (walaupun Najib Razak ada mengatakan bahawa negara ini pasti akan bangkrap jika ditadbir oleh parti pembangkang yang berminat untuk menjadikan negara ini negara kebajikan).

Semoga Allah S.W.T akan menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang rasuah, pecah amanah, bermegah-megah dan menzalimi rakyat. Amin.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive