KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 4, 2008

Kenyataan "tangan ghaib": Anwar enggan minta maaf


mstar

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan badan bukan kerajaan, Aliran, telahpun menyatakan bahawa mereka tidak akan mengemukakan sebarang permohonan maaf kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kenyataan mereka mengenai panel itu yang disiarkan melalui Internet.

Perkara itu dinyatakan Isnin oleh Datuk Mahadev Shankar, seorang daripada lima anggota suruhanjaya itu yang mengadakan siasatan berhubung klip video kontroversi yang memaparkan peguam Datuk V.K. Lingam sedang berbual menerusi telefon kononnya bagi mengatur pelantikan hakim.

Mahadev berkata peguam M. Puravalen yang mewakili Anwar dan peguam C.V. Prabhakaran yang mewakili Presiden Aliran, P. Ramakrishnan, memaklumkan kepada suruhanjaya itu bahawa anak guam mereka bertegas dengan kenyataan itu dan tidak akan mengemukakan permohonan maaf kepada suruhanjaya.

Beliau berkata suruhanjaya itu memberi perhatian kepada dua artikel yang disiarkan dalam Internet.

Pertama ialah kenyataan oleh Ramakrishnan bahawa Aliran terkejut besar apabila Anwar, Naib Presiden PKR R. Sivarasa dan Penyelaras PKR Sim Tze Tsin tidak dipanggil sebagai saksi dalam siasatan itu meskipun mereka mempunyai bukti yang berkaitan, katanya.

Kedua ialah kenyataan akhbar yang dibuat oleh Anwar bahawa suruhanjaya itu dimanipulasi oleh 'tangan yang ghaib', katanya.

No2mno - TAK PERLU MINTA MAAF !!! Tiada lagi rasa hormat rakyat kepada Suruhanjaya. Biar pun mereka itu dilantik oleh Sultan mahu pun Agung. Ianya kerana tangan yang dimaksudkan ghaib itu mungkin lebih berkuasa dari semua yang ada. Kalau Suruhanjaya pun dah tak boleh dipercaya, nak percaya pada siapa?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive