Azamin Amin
harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) - Dengan pelbagai 'kepakaran' dan teknik, masyarakat umumnya masih tertanya akan hasil kemampuan para bomoh memberi khidmat dan menjanjikan '1001' janji manis untuk menemui Sharlinie yang sudah hampir sebulan hilang.
Lebih mengecewakan, beberapa bomoh sanggup menetap tarikh Sharlinie akan 'muncul' namun janji tersebut hanyalah omongan kosong sahaja dan menghampa keluarga mangsa.
Mengulas isu yang seumpama ini, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dalam laman webnya menyatakan bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang dan dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat.
"Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut," katanya yang pernah mengulas 'fenomena' bomoh menawarkan khidmat dan kepakaran mengesan kehilangan Nurin Jazlin Jazimin yang wajar dielak oleh masyarakat khususnya yang beragama Islam.
Beliau berkata masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini kerana bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat. more...
Feb 4, 2008
Sudahkah 50 bomoh menemui Sharlinie?
Labels: Sharlinie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment