Penunggang Motosikal Dilarang Guna Lebuh Raya KLP, Kata Samy Vellu
SUNGAI BULOH, 31 Jan (Bernama) -- Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa penunggang motosikal dilarang menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (KLP) berkuatkuasa serta-merta bagi tujuan keselamatan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata tindakan itu diambil setelah kerajaan mendapati sukar untuk membina lorong khas motosikal di lebuh raya sepanjang 26km yang melalui kawasan perumahan itu.
Lebuh Raya KLP yang berharga RM1.4 bilion itu bermula dari Bulatan Kampung Pandan di Kuala Lumpur sehingga ke Putrajaya, dan ia mula dibina pada 6 Dis 2004 dan siap sepenuhnya pada 5 Dis 2007.
Ia menghubungkan ibu negara ke tiga lokasi utama iaitu Putrajaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
"Bahu jalan lebuh raya KLP itu juga hanya antara satu meter hingga 1.5 meter dan keadaan itu tidak selamat untuk penunggang motosikal," kata Samy Vellu kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan "Respect Your Limits" sempena sambutan Tahun Baru Cina di Restoran Jejantas di sini.
Kempen anjuran PLUS Expressways Berhad (PLUS) itu bertujuan untuk mendidik pemandu agar mengelakkan kemalangan dengan menghormati kemampuan pemanduan sendiri dan kenderaan yang dipandu.
Sebelum ini, penunggang motosikal turut dilarang daripada menggunakan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur serta Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART).
Sementara itu, Samy Vellu menasihatkan para penunggang motosikal supaya menggunakan jalan persekutuan yang tidak mengenakan sebarang tol untuk ke destinasi pilihan mereka.
"Jalan persekutuan kini mempunyai empat lorong dan tidak mengenakan tol... oleh itu saya meminta penunggang motosikal untuk menggunakan laluan tersebut," katanya.
Samy Vellu juga berkata para penunggang motosikal perlu memanfaatkan sepenuhnya polisi pengecualian tol yang dikenakan terhadap motosikal di Malaysia.
Feb 1, 2008
DISKRIMINASI PENUNGGANG MOTOSIKAL
Labels: Belit samy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment