KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 1, 2008

Kisah Shahidan Kassim Talipon Buat2

pemimpinmalaysia

Sambil menggulung rokok daun, Shahidan Kassim memandang ke luar rumahnya. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup ke mukanya. Hatinya gelisah. Walaupun Pak Lah masih berteka-teki, khabarnya pilihanraya tak lama lagi. Perlis hanyalah sebuah negeri kecil yang bersempadan dengan Thailand, tetapi bahang pilihanraya cukup terasa. Shahidan tahu sangat kerana dia sudah lama menjadi Menteri Besar.

Biarpun keluasan Perlis hanyalah sekangkang kera, namun ramai yang berminat untuk menjadi Menteri Besar. Entah apa yang mereka inginkan dari jawatan Menteri Besar tu, Shahidan sendiri pun tak faham. Bukan glamour sangat pun menjadi Menteri Besar Perlis. Sebab itulah, Shahidan terpaksa menjadi presiden enam buah persatuan sukan, kalau tidak tentu namanya tenggelam.

"Ambil handphone tu sat!" kata Shahidan kepada pembantu rumah sambil memuncungkan bibir ke arah handphone yang terletak di atas meja makan. Dia adalah salah seorang dari lima orang pembantu rumah Shahidan; warga asing. Pembantu rumah itu segera berlari membawa handphone itu kepada Shahidan.

Shahidan membelek-belek handphone itu, cuba mencari nama tertentu. Sudah agak lama Shahidan tidak menghubungi dia walaupun mereka satu negeri. Shahidan menggaru-garu kepala kerana tidak bertemu nama yang dicari. Sejak kawannya itu berkahwin "isteri muda", Shahidan jarang berkomunikasi. Mungkin Shahidan berasa janggal kerana dia anak kampung yang tinggal di Arau, sedangkan kawannya itu sudah menjadi orang bandar. Sesekali pulang, kawannya kelihatan cukup rugged dan bertambah muda.

"Ahaaa... jumpa juga nombor ni... Macam mana aku boleh lupa ...!" kata Shahidan sambil menggosok-gosokkan hidungnya.

Ring! Ring!

"Mana pulak perginya ... tak jawab telefon aku ...," bisik Shahidan.

Ring! Ring!

"Hellloooo...." jawab suara di hujung sana. Suara wanita. Lembut dan manis. Shahidan rasa macam pernah dengar suara itu. Macam suara pembaca berita Buletin TV3.

"Boleh cakap dengan Mi?" kata Shahidan. Agak kasar suaranya. Shahidan sengaja membuatkan suara kasar kerana bimbang dituduh mengganggu isteri orang. Lagi pun, dia Menteri Besar, tak boleh main-main. Kalau main-main, nanti kena main.

"Nanti sat no..." jawab suara tadi. Terkedu Shahidan dibuatnya. Tak sangka pula orang Johor sudah boleh bercakap Perlis dengan baik sekali. Tak mengapalah, mungkin selalu mengikuti suaminya ke Padang Besar, sebab tu dia boleh menggunakan loghat utara.

"Helloooo!" Suara kasar di hujung talian. "Apa habaq, Dan?"

"Aku baik ... macam ni laa... Hang apa habaq?"

"Aku pun sihat .. dok rumah saja la. Nak balik Padang Besar, payah sikit laa ni, Zahidi tak pangge aku," kata suara itu.

"Tak patut dia buat hang macam tu," kata Shahidan. "Hang menteri. Patutnya, dia ketua bahagian ... jemputlah menteri yang dalam satu bahagian..."

"Tu laa... aku sendiri pun tak faham. Dulu dia nak sangat jawatan ketua bahagian. Aku malas nak kecoh-kecoh.. aku bagi kat dia. Sepatutnya jemput laa aku mai sama program bahagian. Aku ni menteri, tak kan nak main rempuh saja program bahagian, melainkanlah dijemput," kata suara itu lagi.

"Dia tak jemput hang langsung ke?" tanya Shahidan.

"Ada jugak la, sesekali .. Dulu dia jemput aku dengan Radzi... Aku turun, lepas tu Radzi pulak buat blunder pi hentam hang, Dan ... leceh aku!" kata suara itu sambil menambah, "Apu pun, Dan ... aku tak masuk campoq. Aku ada di situ saja."

Shahidan terus berkata, "Mi, kita kawan lama. Aku faham sangat. I trust you 100% la, don't worry. Sebab tu la, aku call hang ni .. aku nak habaq, aku nak calonkan hang lagi untuk parlimen."

"Ya ka? Terima kasih la... Hang la sahabat aku yang sejati," kata suara itu. "Tapi, apa pun keputusan di tangan Pak Lah .. Cuma, Radzi ada habaq kat aku yang Pak Lah nak aku bertanding kerusi DUN."

"Kerusi DUN? Isk, nak buat apa DUN, hang nak jadi wakil rakyat cabuk ker? Paling-paling tinggi pun, aku hanya boleh lantik hang jadi Exco.. tak kan dari Menteri nak jadi Exco...? Isk, buat malu kat orang la!" kata Shahidan.

Suara itu cepat-cepat menambah,"Bukan macam tu, Dan. Radzi kata dia nak recommend aku jadi Menteri Besar; ganti hang."

"Dah hilang akai apa Radzi ni ... Perlis ni elok-elok saja. Bukan ada masalah pun. Lagi pun aku baru tiga penggal jadi Menteri Besar, masih banyak kerja yang nak buat. Gila betul Radzi tu... Habis tu, apa alasan yang Radzi kata hang layak jadi Menteri Besar?" tanya Shahidan benar-benar ingin tahu.

"Dia kata aku ada bini muda!" balas suara itu.

"Kah! Kah! Kah!" Shahidan ketawa besar.

"Betui ni, Dan ... dia kata kalau ada bini muda boleh tarik pelancong ke Perlis!" jawab suara itu bersungguh-sungguh. Melihatkan kesungguhan suara itu bercakap, Shahidan diam sebentar. Sedikit sebanyak mungkin ada kebenarannya. Perlis adalah sebuah negeri yang kecil. Tak banyak aktiviti. Tak kan lah pelancong hendak datang ke Perlis untuk melihat Gua Kelam saja. Dulu ramai juga pelancong Siam yang masuk Perlis pada hujung minggu melalui Wang Kelian, tetapi sejak ada peraturan baru, jumlah itu dah berkurangan.

"Habis tu, hang minat nak jadi Menteri Besar Perlis ker?" tanya Shahidan.

"Aku tak tahu nak cakaplah, Dan. Aku ni pekerja parti. Kalau Pak Lah nak aku balik jadi Menteri Besar, tak kan aku nak kata tak mahu kot!" balas suara itu lagi. more..

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive