Kutip sampah sara hidup keluarga
kosmo
Oleh HAFIZ ABBAS
AHMAD ROSLI bersama ibu bapanya menarik tong yang mengandungi kertas dan kotak kira-kira 2 pagi semalam di Kuantan.
KUANTAN – Ketika kebanyakan orang lena dibuai mimpi, Che Derus Jap, 53, bersama isteri dan anaknya yang berusia 14 tahun terpaksa merayau di sekitar bandar ini untuk mengutip kertas dan kotak sehingga dinihari.
Dengan menggeledah tong-tong sampah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), mereka mengumpul kertas dan kotak terbuang sepanjang malam sehingga 5 pagi untuk dijual kepada orang tengah dengan harga 20 sen sekilogram.
Itulah rutin harian keluarga tersebut yang hidup melarat sejak dua tahun lalu dan hanya mampu menyewa sebuah daripada lima bilik dalam rumah teres di Jalan Mat Kilau dengan bayaran RM180 sebulan.
“Pendapatan kami tak menentu, biasanya tak sampai RM400 sebulan.
“Kadangkala sampai dua bulan tak dapat bayar sewa bilik kerana wang hanya cukup untuk makan minum,” katanya ketika ditemui semasa menggeledah tong sampah di tepi pasar raya Mydin, Jalan Tun Ismail semalam.
Kemiskinan keluarga itu menyebabkan Ahmad Rosli Karim, 14, sekadar menamatkan pembelajaran di sekolah rendah dan hidup membantu keluarganya mencari kertas dan kotak.
Che Darus menambah, segala kesukaran hidup yang dialaminya bermula apabila dia diberhentikan kerja setelah gagal memperbaharui lesen memandu lori.
“Majikan berjanji akan membayar segala saman saya kerana lori yang dipandu adalah milik syarikat berkenaan dan saya ada saman ketika bertugas.
“Tetapi tiba-tiba pihak syarikat enggan berbuat demikian, saya pula ketika itu tidak mempunyai cukup wang untuk bayar saman, keadaan ini menyebabkan saya rasa seperti dianiaya,” katanya yang setakat ini tidak menerima apa-apa bantuan dari mana-mana pihak.
Feb 1, 2008
PAK LAH !!! SELESANYA RAKYAT MALAYSIA
Labels: Kemiskinan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment