KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 1, 2008

Eksklusif: Ezam difitnah mahu sertai PKR semula

klpos

Foto

"Pemimpin hipokrit dalam PKR dalangi fitnah terhadap saya" Ezam

Oleh Wartawan KLpos.com

  • Kenyataan penuh Ezam
  • Bakal sertai pilihanraya sebagai calon bebas

Eksklusif PENGERUSI Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini menafikan sekeras-kerasnya berita yang mendakwa beliau memohon menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disiarkan oleh sebuah laman web semalam. Beliau juga mendakwa tulisan tersebut berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik beliau dan didalangi oleh pemimpin opurtunis dan hipokrit dalam PKR.

Malaysia-today.net melalui penulis Zulkifli Mohamad semalam menyiarkan berita memetik sumber bertajuk 'Ezam pohon jadi calon Keadilan, Anwar beri syarat' yang antara lain mendakwa Ezam telah memohon untuk menyertai semula PKR yang ditinggalkan beliau April tahun lalu.

Berita tersebut, mendakwa Anwar meletakkan syarat Ezam memohon maaf secara terbuka kepada PKR.

Dalam reaksinya kepada KLpos.com hari ini, Ezam berkata, beliau tidak pernah memohon untuk menjadi ahli atau calon pilihanraya PKR atau mana-mana parti sekalipun samaada parti pembangkang atau parti pemerintah.

"Yang berlaku akhir-akhir ini adalah pelawaan yang dibuat oleh beberapa parti politik (bukan PKR) menerusi pemimpin tertinggi mereka di peringkat pusat untuk saya bertanding atas nama parti mereka dengan tujuan agar agenda melawan rasuah yang diperjuangkan oleh GERAK akan menjadi lebih bermakna di dalam parlimen," kata Ezam.

Menurutnya, sebagai pemimpin, beliau menghormati dan menghargai niat murni parti-parti tersebut tetapi membayangkan kemungkinan yang sukar untuk saya menerimanya kerana GERAK harus terus berdiri sebagai sebuah badan non-partisan untuk ianya terus diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Kata Ezam yang juga merupakan pengasas bersama PKR, berita beliau memohon menjadi calon PKR adalah tidak benar sama sekali dan berniat jahat.

"Pendirian saya keluar dari PKR April tahun lalu adalah berasaskan kepada keyakinan parti tersebut telah dibiarkan untuk dikuasai oleh individu-individu oportunis dan unsur-unsur hiprokasi yang membelakangkan nilai dan semangat asal perjuangan reformasi," katanya.

Menurutnya lagi, keyakinan tersebut tetap tidak berubah sedikitpun sehingga hari ini.

"Malah berita fitnah dan berniat jahat tulisan Zulkifli Mohamad ini memperkukuhkan keyakinan saya. Permainan politik murahan dan tiada akhlak yang didalangi oleh pemimpin-pemimpin oportunis dan hipokrit didalam PKR dengan menggunakan penulis upahan seperti Zulkifli Mohamad (yang juga ahli PKR) ini bukan perkara baru," ujar beliau. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive