KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 1, 2008

SIAPA NAK JAGA BABI DI MELAKA?


P'raya umum: Ali Rustam tanding Parlimen

malaysiakini - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum yang diramalkan Mac ini bagi memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam hirarki kepimpinan Umno.

Ini kerana, dari segi hirarkinya, beliau merupakan naib presiden terkanan di belakang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seandainya Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, maka Mohd Ali layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

"Sekiranya beliau masih berada di peringkat negeri, kemungkinan besar jawatan TPM terlepas kepada seorang lagi naib presiden yang juga menteri kanan, Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata sumber-sumber yang rapat dengan Umno.

Dalam pemilihan naib presiden Umno yang lalu, Mohd Ali (kiri) menduduki tempat kedua di belakang Tan Sri Mohd Isa Samad, manakala Muhyiddin, yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani, di tempat ketiga.

Bagaimanapun, kemenangan Isa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, dibatalkan kerana didakwa terbabit dalam politik wang.

Ia sekaligus meletakkan Mohd Ali di tempat kedua di belakang Najib yang menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Pengganti Mohd Ali

Lagi pula, kata sumber-sumber itu lagi, kedudukan pembangkang di Melaka agak kuat sepertimana yang diakui oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik (kanan) dalam temubual dengan Malaysiakini kelmarin.

Rahim yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di Melaka mempunyai peluang 50-50 dalam pilihanraya umum akan datang.

"Jika prestasi BN kurang baik dalam pilihanraya umum nanti, ia tentu turut menjejaskan imej Datuk Seri Mohd Ali. Untuk itu, lebih baik beliau berpindah ke pusat," kata sumber-sumber itu lagi.

Lagi pula, kata mereka, selaku naib presiden kanan Umno, pastinya Mohd Ali akan dilantik ke jawatan menteri dalam kabinet baru Perdana Menteri nanti.

Nama yang disebut-sebut akan menggantikan Mohd Ali ialah Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Prof Dr Mohd Ruddin Ab Ghani, yang kini Setiausaha Parlimen, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (kanan).

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive