anakperelihblog
\
Saya baru kembali dari Langkawi dan berita terbaru saya dengar dari sana… ialah, beberapa minggu lepas, orang orang Burma di Bukit Malut dan Taman Nilam beramai ramai beratur di Bank untuk menerima wang… dan dikatakan wang ini adalah untuk upah menjadi pengundi hantu semasa pilihanraya kelak.. Sebelum ini, pada tahun lepas, selepas kebakaran di Bukit Malut kali kedua, pihak tentera dibawah rejemen 504 wataniah telah membina perumahan disebelah Taman Nilam untuk orang orang Burma ini… dan sekarang perumahan tersebut sudah siap sepenuhnya dan sedia untuk diduduki… mungkin selepas pilihanraya kelak. Menurut warga tempatan Langkawi, orang orang Burma ini sudah dihantar ke Kelantan dan Terengganu (mungkin ini yang dilaporkan oleh Harakah beberapa bulan lepas tentang orang orang Burma di pejabat Pendaftaran Kelantan) dan menurut mereka, kebanyakan orang orang Burma ini mempunyai kad pengenalan biru beralamatkan di Kelantan dan Terfengganu…
Sila lawat anak_perelih.fotopages.com/ untuk melihat gambar gambar perumahan baru pendatang Burma tersebut yang terletak berhampiran Taman Nilam, Kisap, Langkawi.
Saya berharap agar pihak BA dapat menyiasat dan memantau akan hal ini kerana ditakuti mereka mereka ini akan digunakan oleh BN/UMNO untuk merampas Kelantan serta memenangi Terengganu.
Feb 1, 2008
Perumahan pendatang Burma telah siap
Labels: Belit BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment