Keras bertukar lembut - Warga asing dapat izin menyewa rumah PPR
kosmo
KUALA LUMPUR - Jika sebelum ini pihak berkuasa bertekad menghalau keluar warga asing yang menghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR), kini nada tegas itu sudah bertukar lemah.
Malah, langkah ratusan warga asing menghuni rumah (PPR) dekat Taman Tasik Teratai, Serendah, rupa-rupanya jadi 'penghuni dengan izin' apabila mendapat lampu hijau Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk menyewa atas alasan bagi mengelak banyak unit terbiar kosong.
Dalam nada yang berlainan semalam, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Ramli Mahmud berkata, sebelum ini rumah tersebut memang disediakan kepada rakyat tempatan yang layak, namun kini penghuninya semakin berkurangan.
"Kalau rumah itu dibiarkan kosong ia mungkin akan rosak dan timbul pula masalah lain dan kerana itu saya diberitahu, ia disewakan kepada warga asing.
"Bagaimanapun, kita akan menyuruh warga asing tersebut keluar jika terdapat permohonan dari warga tempatan yang layak,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas laporan Kosmo! kelmarin mengenai rasa kurang senang penduduk tempatan mengenai kawasan kediaman PPR di situ semakin ramai dihuni pendatang asing yang bekerja di kilang berhampiran.
Jika sebelum ini Ramli dalam kenyataannya kepada Kosmo! menegaskan bahawa para pendatang terbabit akan dihalau, semalam beliau mengatakan pihaknya akan meminta LPHS mengasingkan rakyat tempatan dengan warga asing bagi mengelak rasa kurang selesa.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Dae- rah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail pula berkata, satu mesyuarat dengan polis dan Imigresen akan diadakan pada Selasa ini yang turut membabitkan jawatankuasa penduduk di kawasan terbabit.
"MDHS juga sudah mengenal pasti PPR yang menjadi sarang warga pendatang dan tindakan akan dibuat,'' katanya dengan menambah, pihaknya mendapat maklumat bahawa pemilik PPR yang juga rakyat tempa- tan sengaja menyewakan rumah kepada warga asing.
Melalui cara itu katanya, mereka akan mendapatkan keuntungan sebab boleh mengenakan sewa bulanan yang tinggi berbanding bayaran RM124 sebulan kepada LPHS.
Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertegas dengan amaran pemilik rumah PPR dalam kawasan mereka yang menyewakan unit kepada orang ramai akan disingkirkan.
"Kami memilih penghuni PPR berdasarkan senarai penduduk setinggan melalui bancian.
"Sekiranya didapati ada yang menyewakan rumah mereka kepada orang lain, tindakan tegas akan diambil dengan mengarahkannya keluar,'' kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL, Datuk Mohd. Amin Nordin Abd. Aziz ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, warga asing sememangnya tidak layak mendiami PPR.
Menurutnya, setiap tiga tahun, satu notis akan diberikan kepada penghuni PPR dengan andaian mereka rakyat tempatan, dan jika mereka mampu untuk membeli rumah sendiri, penghuni itu perlu memberi laluan kepada orang lain untuk masuk sebagai penyewa baru.
Sekiranya tidak, mereka dikehendaki menyambung semula perjanjian rumah itu bagi tempoh tiga tahun lagi.
Public Caning……27 December 2024
2 hours ago
2 comments:
Merujuk kepada kata2 LPHS, mereka telah terpesong memandangkan hanya mementingkan KEUNTUNGAN dari menyediakan PERKHIDMATAN kepada rakyat yang MISKIN@TIADA RUMAH. Hantar/arahkan kakitangan(Agensi berkenaan) anda untuk meninjau rakyat yang susah atau yang layak untuk mendudukinya..jangan harapkan BANCIAN sahaja. Inilah contoh agensi Kerajaan yang telah masuk "CONFORT ZONE" dan tidak lagi efektif. Tukar kakitangan yang malas bekerja atau malas berfikir atau hanya memikirkan keuntungan sahaja. Mereka nie(LPHS)hanya MENZALIMI@MENAFIKAN hak rakyat!!!
lepas ni bersihkan betul2 pendatang tanpa izin...tu yg ambik pengawal keselamatan warga asing kat kondominium bukit jalil tu bukan tau cakap melayu pun,leceh betul..mustahil tak dak langsung anak tempatan nak kerja.BA bukalah satu tempat utk anak tempatan mendaftar utk cari kerja..jadi bagi yg lama tu okeylah tapi yg baru nak masuk sekat je lah.cukuplah umno dah kaya kerana bawa masuk pekerja2 ni..polis dah kenyang kerana jaga dia org tu..cukuplah bangsa melayu diperbodohkan
Post a Comment