KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 22, 2008

Menang tapi Adun Sabak Bernam Kerugian RM400 ribu

 jebat2020 writes
detikdaily

Di khabarkan melalui sumber dalaman UMNO Sabak Bernam, Dato WBD telah dicalonkan disaat-saat akhir, tatkala Saudara Halim yang dicalonkan peringkat awal telah menjual 2 keping tanah bernilai RM200 ribu untuk bertanding.

Sembang-sembang mengenai pilihanraya ke 12 memang belum menemui penghujung. Rata-rata masyarakat masih membincangkan mengenai keadaan politik semasa di Malaysia. Hampir tiap-tiap hari ada sahaja isu PANAS yang memenuhi dada-dada media alternatif. Apa yang menarik untuk saya paparkan di sini ialah mengenai ADUN BN Sabak Bernam iaitu Dato Warno bin Dogol (WBD) kerugian RM400 ribu meskipun menang sebagai PEMBANGKANG di negeri selangor.

RM 400 ribu = RM400,000.00 bukan RM 400.00, bagi kebanyakan penduduk di Selangor merupakan jumlah yang besar, boleh bina 10 buah unit rumah kos rendah, tetapi apalah di sisi orang kaya Sungai Besar ni.

Di khabarkan melalui sumber dalaman UMNO Sabak Bernam, Dato WBD telah dicalonkan disaat-saat akhir, tatkala Saudara Halim yang dicalonkan peringkat awal telah menjual 2 keping tanah bernilai RM200 ribu untuk bertanding.

Dato WBD sanggup membayar ganti rugi RM200 ribu asalkan beliau dapat mengganti tempat saudara Halim. Bagi Dato WBD kalau menang, dalam 2 tahun dapatlah balik dari projek-projek kerajaan BN. Tapi malang sekali, beliau menang menjadi pembangkang di Selangor. Orang Sabak Bernam dah tahu taktik kotor pemimpin BN ni. UMNO daerah Sabak Bernam pun dah 'retak menanti belah' gara-gara kerakusan pemimpin-pemimpin mereka.
"

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive