KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 22, 2008

PKK PERAK DIHASUT UNTUK BOIKOT KERAJAAN PERAK

Baca keratan di bawah. Kononnya ramai ketua kampung tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan baru Perak. Walaupun kerajaan itu dilantik oleh Sultan Perak sendiri. Ada batu api atau mereka ni kena semua mengadap Sultan nanti? Atau lebih mudah lagi, buat pencalunan baru. Ramai yang mahu tu. Ini adalah satu bukti jelas bahawa kerajaan BN dahulu telah memilih Ketua Kampung dari golongan ahli UMNO dan barua barua mereka sahaja. Maka, semua kucar kacir sebuah pemerintahan bukan hanya berlaku di atas, tetapi turut berlaku di bawah dan akar umbi. Tak hairan lah kalau ketua kampung wak pun kuat rasuah dan selewengnya. Ikan kalau busuk, dari kepala membawa ke ekor.

Pertubuhan Ketua Kampung boikot MB pembangkang
pulaupangkor

Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN

LUMUT 22 Mac – Pertubuhan Ketua-ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP) akan memboikot semua program anjuran Kerajaan Negeri Perak yang diterajui gabungan pembangkang di sini, berkuatkuasa sertamerta.

Exco PKKN, Kassim Mohd. Said, berkata ketetapan itu diambil hasil daripada mesyuarat khas pertubuhan tersebut terdiri daripada 776 orang ahli dari 9 daerah pada petang kelmarin.

Beliau yang juga Yang Dipertua (YDP) PKKNP Cawangan Manjung, berkata pihaknya juga telah mengarahkan semua ahli di sini supaya memboikot majlis perjumpaan dengan Menteri Besar yang baru pada Selasa depan.


Keterangan gambar:

KASSIM (tiga dari kiri) berbincang sesuatu dengan beberapa ketua kampung di Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Dewan UMNO Bahagian Lumut di Sitiawan, dekat sini, semalam. – Gambar NORSHARUDDIN SAPIAN.

“Saya telah mengarahkan semua 56 ahli pertubuhan di Manjung supaya memulaukan sebarang program
anjuran kerajaan negeri pembangkang di sini.

“Hari ini (Jumaat) saya telah mengarahkan semua ketua kampung di Parlimen Lumut supaya tidak memberikan kerjasama dengan pimpinan kerajaan negeri yang baru itu.

“Esok (Sabtu) saya akan bertemu pula dengan semua ketua kampung di Parlimen Beruas bagi menyampaikan arahan yang sama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Dewan UMNO Bahagian Lumut di Sitiawan, dekat sini, semalam.

Majlis berkenaan disempurna oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

Kassim yang juga Ketua Kampung Sitiawan, berkata selain daripada itu pihak persatuan juga mengambil ketetapan untuk tidak meletakkan jawatan mereka.

“Kami dilantik oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan perkhidmatan ketua kampung hanya akan berakhir pada 31 Disember ini.

”Justeru itu, kami dilantik bukan untuk berkhidmat dengan kerajaan yang baru dan mereka tiada hak mengarah ketua kampung mengikut telunjuk mereka,” kata beliau yang telah berkhidmat sebagai ketua kampung sejak tahun 1975 lalu.

Menurutnya, pihak persatuan juga akan membuat pertemuan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam masa terdekat ini bagi membincangkan hala tuju pertubuhan tersebut.

Jelasnya, pihak pertubuhan juga akan mencadangkan kepada kementerian tersebut supaya melantik semua ahli sebagai ketua penyelaras pembangunan kampung seperti di negeri yang dikuasai pembangkang seperti di Kelantan.

”Dengan itu, proses membangun dan menyalurkan semua projek pembangunan dari kerajaan pusat dapat diselaraskan,” katanya.

5 comments:

Anonymous said...

MB dipilih oleh YAM Sultan Perak, Ir Nizar adalah terbaik untuk Perak buat masa ini, Beretika tiggi, professional, multi lingual dan beragama Islam.

Perak tidak pernah diketuai olih pembangkang UMNO semenjak 50 tahun. Jadi UMNO Culture itu masih mendalam dipegang Ketua2 kampong ini. Kadang2 mereka ini mengikut apa saja yang diarahkan olih political master mereka iaitu BN -UMNO.

Mereka kerugian jikalau tidak bekerjasama dengan Kerajaan Perak sekarang. Semua program2 untuk mereka tidak bolih dilaksanakan kerana boikot, sikap angkuh, sikap tidak berapa "pandai" mengambil tindakan. Mereka juga telah menderhaka indirectly kepada YAM Sultan Perak.

Pehak kerajaan hendaklah memanggil mereka dan membuat keputusan yang sewajarnya. Separuh dari mereka hendaklah diberhentikan dan ditukar kepada "manusia" yang waras.

Anonymous said...

kenapa la melayu ni BODOH seBODOH manusia? ko nk berkhidmat utk masyarakat ke ape? klo dh tak nak buat kerja....jgn berputih mata bila kerajaan memilih org lain....PADAN KAN MUKA HAMPA!!! Aku pon melayu jugak tapi tak bebal mcm dungus dungus nih.......OOOO....NYIRAP DARAH TGK MELAYU BAHLOL mcm nih...!!

Anonymous said...

Kita rakyat jelata, janganlah terlalu angkuh dan sombong. terimalah hakikat perubahan pemerintahan semasa. Perubahan ini adalah dari anda semua (mungkin bukan dari mereka yang nak boikot). Pemboikot sebenarnye adalah golongan minoriti dan tiada agenda rakyat serta hanya berpegang kepada RM. Insaflah wahai manusia.

nasa said...

inilah Melayu Bangang yang Bodoh. Aku pun Melayu, tapi takde lah aku bodoh macam tu. ini semua tak lain sebab nak kan projek. siapa tak tahu ketua kamping UMNO macamana,semua pulun masuk poket sendiri. Nak tiru macam kelantan

Jelasnya, pihak pertubuhan juga akan mencadangkan kepada kementerian tersebut supaya melantik semua ahli sebagai ketua penyelaras pembangunan kampung seperti di negeri yang dikuasai pembangkang seperti di Kelantan.

sebab Ketua kampung UMNO di Kelantan banyak makan duit. aku tau la. aku org kelantan...

Kuda Lempoyang said...

Memang bebal dan benak orang orang tua ameno nih. Senang je nak ngajo nyer, tahan elaun sebulan dua, melilau le pecah pakatan. Apa boikot, letak je jawatan. Ramai orang berkelayakan lagi. Buat malau kat budak budak kecik je

Posting terkini

Blog Archive