KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 22, 2008

Zaid cadang gubal undang-undang anti-lompat parti

mstar
mstar.com.

KOTA BAHARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim mencadangkan kerajaan menggubal undang-undang khusus untuk meletakkan noktah bagi perbuatan melompat parti oleh ahli politik.

Beliau berkata perbuatan ahli politik yang bertanding mewakili parti tertentu dan bertukar ke parti lain apabila menang dalam pilihan raya umum merupakan perbuatan amat tidak bermoral walau apa pun alasannya.

"Kita tak boleh benarkan orang bertanding satu parti, buat janji macam-macam untuk rakyat percaya dan bila menang, lompat ke parti yang lain.

"Pada saya ini tak ada integriti, saya harap kerajaan boleh adakan undangundang khas, sudah sampai masa kita ada Undang-undang Antilompat Parti supaya tak timbul lagi perkara seperti ini," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini pada hari Sabtu.

Beliau berkata walaupun perbuatan itu bukan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan negara, ia bagaimanapun memberi kesan negatif kepada pentadbiran negara.

"Saya fikir kita tak payahlah buang masa lagi (untuk memikirkan sama ada ia wajar atau tidak), gubal sahaja undang-undang ini, kalau tidak, ia akan berterusan seperti yang kita sudah mulai dengar sekarang ini.

Kalau kita tak buat sekarang, takut nanti rosak negara," katanya.

Mohd Zaid yang memegang portfolio undang-undang berkata beliau akan mencadangkan perkara itu untuk dibincangkan di peringkat Kabinet dan menurutnya undangundang serupa telah diguna pakai di beberapa negara termasuk India.

Beliau yakin penggubalan undangundang itu juga akan mendapat sokongan pembangkang. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive