Kemaskini
SHAH ALAM, 21 Mac: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyerahkan 10 nama, empat PKR, tiga DAP dan tiga PAS untuk dilantik sebagai Exco Selangor kepada Sultan Selangor.
Jumlah komposisi kaum pula adalah lima Melayu dan lima lagi bukan Melayu menjadikan komposisi dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor adalah enam Melayu dan lima bukan Melayu.
Dari lima bukan Melayu itu, satu India iaitu dari PKR. Namun, DAP memilih semua Cina sebagai exconya.
Empat dari exco itu pula adalah wanita iaitu dua PKR, satu DAP dan satu PAS.
Menurut sumber, wakil PKR adalah
- Yaakob Sapari (Kota Angerik),
- Rodziah Ismail (Batu Tiga),
- Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas ) dan
- Elizabeth Wong (Bukit Lanjan)
- Ronnie Liu (Pandamaran),
- Teresa Kok (Kinrara) dan
- Ean Yong Hian Hua (Seri Kembangan).
- Datuk Dr Hassan Mohd Ali (Gombak Setia),
- Iskandar Samad (Cempaka) dan
- Dr Halimah Ali (Selat Klang).
Dengan penyusunan ini bermakna tidak ada satu parti pun yang mempunyai majoriti dan masing-masing saling bergantung antara satu sama lain atau pemuafakatan jelas berlaku.
No2umnO - Mana nama wak nihhh !!!! Tak ada? BOIKOT ....MESTI BOIKOT ......
Tahniah kepada semua EXCO sekarang time buat kerja....jangan kecoh kecoh macam Terengganu tau !!! Jangan lupa bongkar salah laku dan penyelewengan Pemimpin UMNO dan BN yang lalu.
0 comments:
Post a Comment