KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 22, 2008

BARU NAK BERCITA CITA

‘Saya tak setuju langsung apatah lagi dalam keadaan semua pihak telah menyatakan sokongan kepada pucuk pimpinan untuk merapatkan barisan, membina semula parti dan memberi semangat kepada ahli-ahli.

‘‘(Lagipun) usaha hendak mencabar atau hendak menawarkan diri dalam keadaan kita belum lagi masuk ‘gear’ pemilihan UMNO, saya rasa tidak sesuai. Masanya tidak kondusif,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet kementeriannya yang pertama di Putrajaya hari ini.

Kelmarin, Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang membuat kejutan dalam sidang akhbarnya di Kota Bharu dengan mengatakan beliau bersedia bertanding sekali lagi bagi jawatan Presiden UMNO pada perhimpunan agung parti akan datang.

Pemimpin veteran UMNO itu berkata, jika mendapat cukup pencalonan untuk bertanding, tiada sebab baginya menolak ‘harapan’ bahagian-bahagian yang mahukan perubahan pada peringkat pucuk pimpinan.

Tengku Razaleigh juga secara terbuka menyatakan kesediaan merawat UMNO bagi memastikan parti itu tidak hilang kekuasaan dan Melayu terus dibela.

Hishammuddin berkata, sebarang usaha mencabar kepimpinan yang dilakukan pada waktu ini boleh dipertikaikan keikhlasannya.

‘‘Ini akan menimbulkan tanda tanya sama ada hasratnya (Tengku Razaleigh) ikhlas atau tidak, atau ingin mengambil kesempatan di dalam suasana sekarang ini,” katanya.
- Bernama

Baru nak bercita cita, sudah ada yang bingung dan bimbang. Demokrasi di dalam UMNO amat berlainan. Tidak diamalkan di dalam mana mana parti politik. Mungkin kalau ada pun, yang sealiran fahamannya dengan UMNO. Presiden tidak boleh dicabar. Budaya Mahathir dulu selepas tersungkur menjadi punca UMNO pecah dua. Selepas itu tiadalah Presidennya yang boleh dicabar. Kelakar kan?

Baru ada ura ura, mencabar presidennya, sudah ada yang cuba memberikan peringatan. Lebih kepada ugutan lemah longlai. Kau jangan lah kacau boss aku. Mungkin begitu lah lebih kurang kalau di terjemahkan kepada bahasa pasar.

Kita kalau tegur sistem dia tidak demokrasi, UMNO akan serang kita dari pucuk sampai ke akar umno. Maklumlah. ...... Demokrasi lah katakan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive