KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 22, 2008

UNTUK RAKYAT SELANGOR AJE

Badan Antarabangsa Berminat Bangunkan Program Latihan Belia - Khalid Ibrahim

KUALA SELANGOR, 22 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata hari ini beberapa badan antarabangsa menyatakan minat untuk membantu membangunkan program dan modul latihan bagi belia dalam bidang keusahawanan dan tooling (perkakasan) di negeri ini.

Dengan mengikuti program latihan ini, belia akan mempunyai kepakaran dan kemahiran bertaraf antarabangsa, dan membolehkan mereka bekerja malahan di luar negara, katanya kepada pemberita selepas majlis makan kesyukuran sempena kemenangan beliau dalam pilihan raya umum lepas di Bukit Badong, di sini.

Abdul Khalid berkata Selangor akan dapat mewujudkan satu kumpulan kelas pertengahan berkemahiran melalui program pembangunan belia yang akan memacu pembangunan di Selangor.

Beliau berkata pada masa ini 80 peratus daripada belia di negara ini terpinggir dan tidak mendapat latihan kemahiran untuk berdikari dan selebihnya iaitu 20 peratus sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Oleh itu, Abdul Khalid berkata beliau akan menumpukan kepada golongan yang terpinggir ini termasuk yang keciciran dalam pelajaran untuk mempunyai peluang kedua.

Beliau berkata jika selepas menerima latihan masih ada belia yang gagal meraih pendapatan RM2,000 sebulan mereka akan dipanggil balik untuk dilatih semula.

"Di Selangor ada satu setengah juta pekerja asing mencari makan, kalau ada lagi pemuda-pemudi di Selangor yang tidak bekerja saya rasa sedih," katanya.

Mengenai struktur Exco kerajaan negeri, Khalid berkata beliau akan memegang portfolio berkaitan tanah, kewangan dan belia; tetapi beliau tidak pula menyebut portfolio lain.

Beliau berkata barisan exco yang akan mengangkat sumpah Isnin ini akan bermesyuarat buat kali pertama pada Rabu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive