AMARAN HARI INI: Penyokong diingat tidak terbabit dalam perhimpunan
Berita Hairan
KUALA TERENGGANU: Polis menasihati pihak-pihak yang terbabit dalam kemelut berhubung pelantikan Menteri Besar Terengganu agar tidak menghadiri atau terbabit dalam mana-mana perhimpunan haram.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata setakat ini, pihaknya tidak mengeluarkan sebarang permit kepada mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan.
Sambil menyatakan bahawa keadaan di negeri itu adalah terkawal, beliau meminta penyokong mana-mana pemimpin supaya mengawal perasaan dan tidak melakukan perbuatan yang boleh mencetuskan kejadian yang tidak diingini.
“Polis tidak akan membenarkan sebarang perhimpunan tanpa permit. Mana-mana pihak yang ingkar, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
TAK PAYAH DOK JAWAB BUAT QAMAI
49 minutes ago
1 comments:
...Polis dgn Umno serupa..sama bengang..
Post a Comment