KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 17, 2008

BERITA SEDIH UNTUK SESETENGAH PIHAK

Khir Toyo serah kuasa pada Khalid Ibrahim sebentar lagi

Oleh Wartawan KLpos.com
Isnin, 17 Mac 2008

GAYA orang beradat. Nampaknya usaha pihak tertentu untuk mencetuskan rasa tidak puas hati orang Melayu kepada Tan Sri Khalid Ibrahim gagal dengan tindakan terbaru Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Menurut sumber KLpos.com, Khir Toyo akan menyerahkan kuasa secara rasmi sebagai Menteri Besar Selangor kepada Khalid Ibrahim dalam satu majlis tengahhari ini.

"Majlis itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar jam 12.00 tengahhari ini," katanya.

Jelasnya, penting majlis tersebut adalah bagi membuktikan bahawa peralihan kuasa di Selangor terjadi secara tersusun dan teratur.

"Ia akan menghapuskan tanggapan negatif orang ramai dan juga masyarakat perniagaan terhadap masa depan Selangor selepas BN tidak lagi memerintah," katanya.

Selain itu, ia merupakan pengiktirafan BN Selangor terhadap pucuk kepimpinan baru di negeri tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan akan mengumumkan senarai exco kerajaan negeri Selangor sebelum hujung minggu ini.

"PKR minta empat kerusi exco, yang selebihnya dibahagikan antara DAP dan PAS," kata sumber.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive