Berikut adalah sedikit berita tentang 13 Mei.
ms.wikipedia.org
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dan di katakan dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor. more...
Dalam pada itu hindarkan mana mana perhimpunan. Jauhkan diri dari sebarang provokasi dan perbincangan politik yang boleh timbulkan ketegangan. Kemungkinan perhimpunan akan terus diadakan di bandar atau di tol tol. Tiada larangan yang serius dari Pihak Penguatkuasa sehingga saat ini. Kalau pun ada perhimpunan, tiada tangkapan dan tiada semburan air mahu pun gas.
AMARAN buat parti BA pula, Jangan timbulkan sebarang isu perkauman lagi seperti yang sudah dilakukan oleh oleh mangkuk anak beranak LIM GUAN ENG tentang DEB dan LIM KIT SIANG tentang pemilihan exco dan kepimpinan di Perak. Pemimpin kena Guna OTAK sebelum keluarkan kenyataan. Kalau boleh kurangkan bertemu wartawan. Buat kerja dan cakap cakap kita tak main.... Selangor juga harus selesaikan isu kerajaannya. Begitu juga negeri Kedah dan Perak. Kurangkan perayaan dan perjumpaan perjumpaan bersama pemimpin parti BA kecuali perlu.
Ketika ini kita di dalam tempoh berjaga jaga, kita tidak tahu siapa kawan dan siapa lawan. Ketika ini juga tidak diketahui siapa sebenarnya yang serius mengelakkan sengketa atau hanya lakonan sahaja. Kurang kan cerita pasal politik di tempat tempat terbuka dan awam. Tersilap langkah bakal mengundang bahaya.
Implikasi kejatuhan UMNO tersangat meluas. Yang korup dan menyeleweng selama ini tidak senang duduk. Maka segala macam muslihat dan kaedah akan diguna. Dari seorang kena, biar semua kena. Seluk pekasam, biar sampai ke lengan. Barua UMNO ada dimana mana, mungkin berada di tepi anda.
Pemimpin yang perlu di berikan perhatian sekarang, Najib Tun Razak, Hisamuddin, Khairy, Mukhriz, Shahidan Kassim, Abdul Azeez, Nazri Aziz dan beberapa pemimpin yang kuat perkaumannya dan mempunyai banyak isu korup.
Fakta penting 13 Mei
geocities.com
Tarikh Pembubaran Parlimen : 20 Mac 1969 (Dewan Rakyat dan Semua Dewan
Undangan Negeri kecuali Kelantan): 31 Mac 1969 (Dewan Undangan Negeri Kelantan)
Tarikh Penamaan Calon : 5 April 1969 (Hanya Kelantan pada 12 April 1969)
Tarikh Pilihan Raya Umum :
10 Mei 1969 (Semenanjung)
10 Mei - 25 Mei 1969 (Sabah)
10 Mei - 7 Jun 1969 (Sarawak)
Tarikh Pembubaran Parlimen : 18 Mei 1969 (Dewan Rakyat)
(sepatutnya) : 11 Mei 1969 dan 28 Mei 1969 (Dewan Undangan Negeri)
AWAS dan BERI PERHATIAN.
0 comments:
Post a Comment