JOHOR BAHARU: Polis menumpaskan sindiket yang membekalkan pelacur kepada pekerja kilang rakyat asing di Pontian.
Kegiatan sindiket tersebut terbongkar dengan tertangkapnya tiga wanita Indonesia dan tujuh pelanggan mereka semasa serbuan di sebuah rumah yang dijadikan sarang pelacuran di Pekan Nenas, Pontian kira-kira 8.30 malam tadi.
Wanita berumur sekitar 20an itu adalah dari Medan, Tanjung Balai dan Batam, Indonesia sementara pelanggan mereka berasal dari Nepal dan Bangladesh yang berumur antara 20 dan 30 tahun.
Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Zahaliman Jamin berkata sindiket berkenaan beroperasi beberapa minggu lepas.
"Kita percaya perkara ini berlaku berikutan dekatnya kilang-kilang dengan sarang pelacuran tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata para pelacur tersebut memasuki negara ini menggunakan pasport yang sah dan pas lawatan sosial.
Mereka yang ditahan itu dikenakan tahanan reman sehingga 20 Mac.
Sementara itu polis menahan seorang pekerja kilang berumur 26 tahun yang terbabit dalam lima kes ragut.
Dia ditahan di rumahnya di Taman Saujana kirakira 10.40 malam tadi.
Zahaliman berkata polis menemui beberapa barang curi termasuk barang kemas di rumah itu.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment