Oleh ROSLI MANAH Foto: NOOR AZLINA JAAFAR
Selepas pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini empat lagi negeri tidak lagi ditadbir oleh parti pemerintah Malaysia. Kini Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor ditadbir oleh parti pembangkang. Penyanyi Erra Fazira berharap ia tidak akan mengubah peluang artis untuk menceri rezeki di negeri-negeri terbabit
"Selama ini kita kurang (atau tak ada) peluang mengadakan persembahan di Kelantan... saya harap negeri-negeri lain yang ditadbir oleh parti pembangkang tidak menyekat periuk nasi artis dengan menghalang acara persembahan melibatkan artis. Kalau adapun perubahan polisi nanti, kita akan sentiasa patuhinya... harap tidak disekat terus," kata Erra Fazira.
Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, bekas ahli jawatankuasa Puteri UMNO itu tetap melihat perkembangan politik semasa. Dia berundur dulu kerana tidak boleh memberi tumpuan kerana kesibukan dengan pekerjaan dalam bidang seni.
"Kalau peluang mengadakan persembahan disekat bermakna mereka telah menyekat punca pendapatan golongan penyanyi," kata Erra.
Sementara itu Erra akan mengadakan persembahan istimewa makan tengah hari sempena Minggu Setiausaha di Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 17 April 2008. Erra menjanjikan persembahan berlainan dan akan mengundang seorang atau dua artis yang tidak pernah bekerjasama dengannya sebelum ini. Ia sebagai satu kelainan berbanding persembahan sebelum ini. persembannya dinamakan Up Close With Erra Fazira.
Tiket berharga RM350 dan RM400 setiap orang mula dijual. Sambil menonton tetamu akan menikmati jamuan lapan jenis hidangan. Untuk tempahan boleh hubungi talian 03-21618888 sambungan 164/ 178/ 168 atau talian 012-3971820.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment