KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 17, 2008

MACAM SEMBANG KEDAI KOPI


Menjadi Lebih Profesional
muhammadkamal.

Pandangan Datuk Zahid Hamidi yang merupakan ahli majlis tertinggi UMNO pagi tadi di dalam satu wawancara dalam MHI bersama Ally Iskandar, bagi saya begitu mengecewakan.

Sebagai seorang pemimpin, sepatutnya beliau memberikan pandangan yang lebih profesional dan rasional. Kekalahan BN di beberapa negeri sepatutnya diterima dengan hati terbuka. Masih menuding sana-sini, media alternatif seperti internet yang dipersalahkan. Beliau menyifatkan bahawa media alternatif seperti internetlah yang menjadi punca hilangnya pengaruh dan kepercayaan rakyat terhadap BN.

Iya! bukan semua maklumat dan berita-berita yang tersebar boleh dipercayai, namun tidakkah beliau terfikir, adakah media arus perdana itu boleh dipercayai seratus peratus ? dan hari ini beliau telah mempergunakan media untuk mempengaruhi rakyat dengan doktrin-doktrin negatif dan pandangannya itu tak ubah seperti berinteraksi dengan kanak-kanak.

Menyifatkan parti pembangkang bagaikan rumah usang adalah satu tanggapan yang membawa padah. Sepanjang wawancara bersama beliau, secara umumnya, saya rasa ianya tak ubah seperti sembang kosong di kedai kopi. Kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN dianggap berpunca dari orang lain. Wallah a’lam.

Apa pun, saya masih mengajak kita semua agar berfikir dan mengambil pengajaran terhadap senario politik Malaysia usai ini di semua peringkat. Baik dikalangan pemimpin kerajaan BN, mahupun pemimpin dari parti pembangkang dan juga rakyat.

3 comments:

rasta_nails said...

salam...
Ala sedare..die ni mmg macam tuh..
die bkn tau pon ape yang die cakap tuh..
silap2 internet pon die x tau macam mane rupanye..
al maklumla..
kalo ikot die..
minyak yang digali kat malaysia ni pon hanya sesuai untuk JET!!!..

Anonymous said...

MINYAK MALAYSIA UNTUK JET. YA BETUL...UNTUK JET PERIBADI DOLLAH...kah...kah..malangnya sukatan Pelajaran Geografi serta Kajian Tempatan di Sekolah Menengah dan rendah perlu dirombak

Anonymous said...

Sah2 dia cetek ilmu, kan kate BODOH marah lak, jet mana yg pakai petrol bagi bahan bakar????

Bahan bakar jet adalah gasolin!!! org kampung aku called it species minyak tanah!! ngok betul dia, camne boleh jadi pemimpin. silap2 enjin jet pun dia ingat macam engine kereta.

Posting terkini

Blog Archive