Kit Siang menghadap Raja Nazrin
Malaysiakini
Selepas dipersalahkan atas pembatalan majlis angkat sumpah menteri besar Perak minggu lepas, tokoh utama DAP Lim Kit Siang hari ini menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, dan memohon maaf secara peribadi kepada baginda.
Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata pertemuan itu diadakan selepas majlis angkat sumpah wakil PAS Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar pagi tadi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Sabtu lepas, tambah ahli parlimen Ipoh Timur itu, beliau telah menulis surat kepada Raja Dr Nazrin berhubung kenyataannya agar 18 wakil rakyat DAP memboikot majlis tersebut yang dijadual Khamis lepas.
Lim pada waktu itu berkata DAP tidak bersetuju dengan Mohammad Nizar sebagai ketua kerajaan negeri itu.
Kenyataan Lim yang dibuat tidak sampai 24 jam sebelum majlis tersebut telah mendorong, antaranya, pembatalan majlis tersebut.
Raja Dr Nazrin juga mengesyorkan semua 31 wakil DAP, PKR dan PAS menandatangani persetujuan melantik wakil Pasir Panjang itu sebagai MB setelah diperkenan oleh istana.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment