KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 27, 2008

BIODATA MAMAT YANG PERASAN INTELEK

NAMA : TAN SRI DR. NORDIN KARDI
JAWATAN : NAIB CANSELOR, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Tan Sri Dr. Nordin Kardi dilahirkan di Kampung Sungai Tunku, Teluk Anson (sekarang dikenali sebagai Teluk Intan), Perak pada 14 Julai 1952. Beliau memperolehi Ijazah Sarjanamuda Sastera Am dalam bidang Ekonomi dan Psikologi dan Sarjanamuda Sastera (Kepujian) dalam bidang Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seterusnya beliau mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang Counseling and Personnel dari Western Michigan University, U.S.A dan Ph.D dalam bidang Student Personnel Services dari jabatan Adult and Continuing Education dari University of Hull, England.

Semasa menuntut di UKM, beliau aktif dalam kegiatan pelajar dan memegang jawatan Setiausaha Agong untuk dua (2) badan iaitu Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung peringkat nasional dan Gerakan Mahasiswa Luar Asrama (OMLA/GEMALA) peringkat UKM. Tumpuan kegiatan beliau ialah membimbing anak bangsa dalam bidang pendidikan, terutamanya di luar bandar dan pekan-pekan kecil melalui program kelas bimbingan, program kelas intensif teknik belajar serta menjawab peperiksaan. Beliau juga mengeluarkan bahan-bahan penerbitan berkaitan pelajaran dan juga melibatkan diri dalam aktiviti sastera seperti puisi, teater dan sebagainya.

Beliau pernah bertugas di Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia, UPM) di beberapa bahagian seperti Unit Kaunseling, Hal Ehwal Pelajar, Felo dan Pengetua di beberapa kolej kediaman. Jawatan terakhir beliau di UPM ialah sebagai Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan. Pada masa itu, beliau telah mengasaskan penawaran Program Jarak Jauh UPM. Sebelum menjawat jawatan Ketua Pengarah Biro Tatanegara mulai 2 Februari 1999, beliau bertugas sebagai salah seorang staf perintis di Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dengan jawatan sebagai Pengurus Kanan dan berpindah sementara di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Jawatan terkini beliau ialah sebagai Naib Canselor di Universiti Utara Malaysia (UUM) lantikan mulai 16 Jun 2005 dan juga merupakan Yang Dipertua Penaja bagi Persatuan Universiti – Universiti Malaysia mulai Jun 2006 sehingga sekarang.

Tentang isu panas yang berkaitan,
The article, 'Dato' Dr Nordin Kardi Ciplak Karya Saya? Mohon Penjelasan...(Dato' Dr Nordin Kardi plagiarises my works? Please Explain..) was first published in Raja Petra's website, 'Malaysia Today', on Dec 16, 2006.

The article, authored by one Muhtar Suhaili, had claimed his works, 'Mahasiswa dan Tanggujawab Menguruskan Kejayaan (Graduands and the Responsibility in Managing Success) was plagiarised by a person which had used the name Dato' Nordin Kardi. As it turned out, Raja Petra had picked up the article which was posted on a website, http://muhtarsuhaili.tripod.com. The article was subsequently published in 'Suara Keadilan' on Dec 27, 2006. - freelittlebrain

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive