Sultan kali ini benar-benar murka dengan penama Idris bin Jusoh ini. Liputan media dan pembelaan publisiti terhadap Idris, tidak sedikit memperdaya Sultan untuk mengundangnya ke Istana.
Mereka dikatakan pelopor kepada penentangan perkenan MPPR (Istana Terengganu) terhadap perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar hingga mencetuskan "ketegangan" dan rasa tidak tenteram di Terengganu.
Dalam pada itu, politik Terengganu gempar lagi apabila Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar dulu, telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, iaitu satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.
Apakah muslihatnya? Tiada siapa dapat mengetahui keperluan jawatan Timbalan MB ini melainkan ianya untuk mengukuhkan lagi kedudukan Ahmad Said, selaku MB yang baru dan kontroversi.
Terkini: Selepas menemui Yang Dipertuan Agung, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pihaknya menerima perlantikan Adun Kijal Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu.
Ini bermakna, kemelut yang merundung Wisma Darul Iman kian reda dan jalan penyelesaiannya sudah hampir. Idris dan juak-juaknya kalah dan tumpas ditangan Sultan (MMPR) dan Ahmad Said, Adun Kijal. - selanjutnya di Jasindaily
Mar 27, 2008
SULTAN MURKA,GELARAN DATUK TIGA PEMIMPIN UMNO DITARIK BALIK
Labels: UMNO Derhaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam...
daulat tuanku...
kali nie baru betol...
lawan la sultan lagi..
patutnye sultan istihar je dorang ni semua derhaka pada DYMM..
baru tau semua kene hukum gantung...
TAKBIR!!!ALLAHUAKBAR!!!
Post a Comment