KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 27, 2008

Siswa: Pindaan AUKU propaganda BN

demamalaysia
Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) berkata sebelum ini, gabungan mahasiswa Malaysia berbilang kaum telah banyak kali membuat permintaan secara bertulis kepada Mustapa supaya satu perjumpaan diadakan untuk membincangkan isu kekangan AUKU.

“Tetapi yang amat dikesali, beliau tidak pernah mengadakan perjumpaan dengan gabungan mahasiswa sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai menteri.

forum on uuca  090605 poster“Atas desakan positif dan tekanan para mahasiswa dan masyarakat, akhirnya pada Julai 2006, pihak Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan sikap terbuka, dengan mengatakan AUKU 1971 akan dipinda dan akan dibentangkan di parlimen pada bulan September tahun yang sama,” kata setiausaha hal-ehwal antarabangsa Dema, Ong Jing Cheng dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, ia sering ditunda dan Mustapa tidak mengemukakan kertas kerja semakan tersebut dalam keempat-empat kali sidang parlimen (September dan November 2006, juga pada Julai dan September 2007).

“Kami menyeru menteri dan timbalan pengajian tinggi yang baru agar tidak mengikut jejak bekas menteri tersebut,” tambahnya.

Di samping itu, Dema juga meminta pusat pengajian tinggi membuat penilaian semula terhadap Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010, untuk mengelak pendidikan negara daripada pengkomersialan.

Ong berkata, ini kerana pelan tersebut menggalakkan universiti tempatan supaya bekerjasama dengan syarikat untuk memasarkan produk kajian dan menambah sumber kewangan.

“Hubungan ekonomi begini akan mengakibatkan pelajar dan ahli akademik mengubah hala tuju dan intipati kajian akademik.

“Ini akan menjejaskan nilai teras akademik dan menyebabkan ahli akademik mengabaikan pengajaran dan pembelajaran akibat terlalu ketagihan dalam membuat kajian.

“Secara tidak langsung ia akan menjejaskan kualiti pelajar,” tegasnya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive