KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 27, 2008

Kalau Nordin intelek, Madonna anak dara - RPK

Harakahdaily
"Kalaulah dia seorang intelektual, Madonna masih anak daralah".

Itulah dakwaan Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin ke atas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Nordin Kardi yang membuat kenyataan mewakili golongan intelektual.

"Hello... sejak bila dia seorang intelektual? Kalaulah dia seorang intelektual, Madonna (tentulah) masih anak dara," dakwa Raja Petra.

Beliau mendakwa, Nordin hanyalah pekerja perang psikologi Biro Tata Negara (BTN).

"Intelektual yang sebenarnya patut menyaman beliau RM100 juta kerana memberikan nama yang buruk kepada semua intelektual yang sebenarnya," dakwa beliau lagi.

Mengulas perintah mahkamah supaya Raja Petra, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan membayar ganti rugi kepada beliau dan UUM dalam satu kes saman fitnah, Nordin berkata: "Saya merasa satu kejayaan mewakili golongan intelektual di dalam negara ini supaya blog-blog dan pihak yang menyalahgunakannya tidak mepermainkan kebenaran dan integriti intelektual untuk tujuan-tujuan yang mereka saja yang tahu".

Mengenai jumlah yang perlu dibayarnya, Raja Petra berkata: "Mahkamah telah bersuara dan mahkamah menyatakan reputasi kesemua mereka hanya bernilai RM4 juta".

Sebuah akhbar harian melaporkan, Raja Petra diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Star supaya membayar RM2 juta kepada Nordin dan RM2 juta kepada UUM.

Mahkamah memutuskan Raja Petra memfitnah Nordin dan UUM apabila Malaysia Today menyiarkan sebuah artikel bertajuk "Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya? Mohon Penjelasan" pada 16 Disember 2006.

Kepada Raja Petra, Nordin tidak memenangi kes itu sebaliknya beliaulah yang menang. "Saya 'mencampak' kes itu," katanya.

Beliau memberitahu kesemua surat yang disampaikan kepadanya mengenai kes itu dibuang ke dalam bakul sampah.

"Tidak lama lagi, mereka akan menghantar penghakiman tersebut kepada saya dan yakinlah bahawa saya akan melakukan apa yang terbaik untuk dilakukan, saya akan membuangnya ke dalam bakul sampah," tegas beliau. (Kenyataan Nordin yang disiarkan sebuah stesen TV dan artikel bertajuk "Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya? Mohon Penjelasan" boleh dilihat di sini)

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive