KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 27, 2008

Perhimpunan agung pada 16 hingga 20 Disember ini, Dollah boleh dicabar

bharian
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini menetapkan perhimpunan agung dan pemilihan parti akan diadakan pada 16 hingga 20 Disember ini.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini selepas mempengerusikan mesyuarat MT lebih empat jam, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam ini.

Mengikut jadual, pemilihan jawatan tertinggi Umno akan diadakan Ogos.

Dalam pada itu, dinyatakan bahawa

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO boleh dicabar
utusan
KUALA LUMPUR 27 Mac - Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan semua jawatan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dicabar dalam pemilihan parti yang akan datang jika ada pencalonan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malah berkata, beliau sendiri sedia untuk dicabar

Bagaimanapun, MT hari ini memutuskan tidak akan mengadakan perhimpunan agung luar biasa bagi membincangkan keputusan yang diperoleh parti pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan pertemuan dengan lebih 100 ahli termasuk beberapa ketua dan timbalan ketua 51 bahagian Umno di kediamannya di sini, petang ini.

Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan cadangannya supaya Umno mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 11 Mei depan.

Seorang pegawai veteran Umno itu yang ditemui menjelaskan, mereka yang datang dalam pertemuan itu menyokong idea yang dicetuskan Tengku Razaleigh itu.

Antara yang hadir, bekas Menteri Penerangan yang juga Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Dr Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping)

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive