KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 27, 2008

"Kerajaan BR timbang boikot Utusan, TV3" Anwar Ibrahim

KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan bahawa pakatan lima negeri yang dikuasai Barisan Rakyat, parti, NGO dan orang ramai diajak untuk memulaukan dua media arus perdana iaitu Utusan Malaysia dan TV3.

Anwar dalam kenyataannya berkata, Utusan Malaysia dan TV3 masih beranggapan pilihanraya belum selesai.

"Media milik Umno ini terus membelasah KeADILan, PAS dan DAP.

"Mereka meniupkan sentimen kaum dan puas mengalih perhatian khalayak dari krisis kepimpinan Umno, penipuan Suruhanjaya Pilihanraya dan krisis Terengganu," katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang ditemuinya mengusulkan agar kerajaan negeri pakatan rakyat, parti, NGO dan rakyat amnya diajak memulau kedua media tersebut.

"Saya, pimpinan parti dan kerajaan negeri sedang menimbangkan saranan tersebut," ujarnya.


KETUA pasukan pemikir Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar dalam satu majlis penerangan boikot akhbar tidak lama dulu

Pada 29 November lalu, sebuah gabungan boikot media yang dikenali sebagai Gerakan Anti Salah Maklumat (GASAK) ditubuhkan bagi menggerakan kembali kempen boikot media perdana.- selanjutnya KLPOS

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive