Sehingga jam 1.30 malam tadi, broadband cukup teruk. Tidak dapat download apa apa dari internet dan wak tak dapat nak connect dengan blog wak sendiri. Ketika itu, diberitahu bahawa Penyokong BA di Selangor sedang sibuk merayakan parti bersejarah. Bersujud syukur dan lain lain lagi.
Di Shah Alam, wak di beritahu beberapa buah kenderaan sedang menuju ke bangunan SUK untuk berkumpul. Berpuluh kenderaan sudah pun berada di sana. Mengibarkan bendera dan sebagainyal. Pihak polis bertungkus lumus mengawal bangunan bimbang perkara tidak diingini. Bangunan itu sudah menjadi selia tadbir oleh parti pembangkang buat pertama kali di dalam sejarah.
Begitu juga yang berlaku di Pulau Pinang dan lain lani negeri. Semuanya sedang bergembira. Atas nasihat Pemimpin PAS dan KEADILAN, wak tidak dapat keluar ke mana mana. Bimbang apa apa provokasi yang boleh di lakukan oleh pihak BN.
Mahu tonton TV, semua masih serupa dulu. Cuba untuk menjaga maruah pemimpin Barisan Nasional. Anuar Zaini di jemput oleh beberapa saluran TV, Cakap macam orang tak der otak. Menakut nakutkan rakyat bahawa kononnya Kerajaan BA akan timbul masalah bila buat kerajaan. Kononnya BA akan menemui jalan buntu berbincang antara pelbagai parti di dalam BA. AKu nak muntah. AKu nak terkentut dan aku nak terkencing, dengarkan. Tidak mahu menerima keputusan dan tidak mahu menerima takdir bahawa rakyat sudah Tolak Kerajaan BN di beberapa buah negeri. Tapi nak buat macamana, kalau dah lahir sebagai BARUA, sampai mati kalau tidak disedarkan TUhan pun akan terus menjadi BARUA.
Maka jam 2.00 pagi .... dunia wak gelap. TErtidur dengkur dan terbongkang. ISteri wak cukup gembira kerana segala usaha selama berbulan bulan menemui kejayaan. Sekurang kurangnya ... bukan 100% kerana semua ini adalah ketentuan Allah swt. Mungkin ada baiknya.
Tapi ......... Khir Toyo, tunggu wak RADEN datang.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment