KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 9, 2008

Usaha BN 'membeli' adun-adun dari PKR Perak dan Selangor

klpos

GEMPAR !!!
KL - Ini sumber terkini yang sampai ke meja KLpos.com. Pihak Barisan Nasional (BN) sedang menjalankan usaha 'membeli' Adun-Adun PKR ini bagi membolehkan BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak dan Selangor.


Bagaimanapun menurut sumber KLpos.com juga memberitahu, semua Adun dan Ahli Parlimen PKR bagi negeri Perak dan Selangor ini sudah dipanggil untuk berjumpa penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Perjumpaan mereka dengan Anwar juga sedikit sebanyak mampu menyekat usaha BN dari berjaya 'membeli' adun-adun ini.

Usaha-usaha jahat ini sedang giat dijalankan oleh pihak BN bagi menggagalkan usaha pembangkang menubuhkan kerajaan di dua negeri ini.

Kos yang besar dijangka digunakan untuk menyogok adun-adun ini agar melompat parti agar BN dapat menggagalkan usaha pembangkang menubuhkan kerajaan di Perak dan Selangor ini.

BN sudah pasti terasa kehilangan negeri yang termaju dan kaya di Malaysia seperti negeri Selangor ini.

KLpos.com sedang menunggu maklumat lanjut mengenai usaha terancang ini.

Kami akan melaporkan perkembangan 'beli-membeli' ini dari semasa ke semasa.

1 comments:

Unknown said...

Sehingga pagi 10 March 2008, saya masih tidak tahu perkembangan mengenai siapa yang dipersetujui oleh BA menjadi MB Perak DR yang dicinta.

Pengundi Manjoi

Posting terkini

Blog Archive