Majlis Daerah di sekitar Selangor sedang bergolak. Diberitahu bahawa ada antara pegawai pegawai tinggi yang sedang memikirkan masa depan mereka berhadapan dengan kerajaan negeri Selangor yang baru. Sehingga kini masih menjadi teka teki, siapakah Menteri Besar yang bakal menggantikan Khir Toyo. Biar sesiapa pun ianya, yang pasti pembersihan korup dan salah guna kuasa di dalam urusan PBT yang selama ini ditutup akan dibongkar satu demi satu.
Di dalam perbualan wak dengan pegawai di sebuah PBT di Selangor menceritakan bahawa mereka sekarang berhadapan dengan dilema dan kebingungan. Ramai antara pegawai yang bingung dengan kemenangan yang tidak terduga oleh mereka.
Pelbagai kontrak yang diserah secara 'tawaran langsung' tanpa tender terbuka bakal menjadi isu penting. Dimana sebelum ini pihak kebanyakan kontrak diperolehi oleh kroni ahli majlis sendiri serta orang kuat UMNO disetiap kawasan.
Di Kelang misalnya, lori yang mengangkut sampah adalah milik pemimpin UMNO yang terkenal dan berpuluh puluh biji lori bertugas mengangkut sampah dipilih dengan cara yang tidak telus.
DI samping itu kontrak kontrak besar dan kecil turut di perolehi oleh orang yang sama tetapi syarikat yang berlainan. Maka sehingga ke pangkat pemuda UMNO sudah boleh berlagak kaya dengan hasil hubungan dan penyalahgunaan kuasa.
Orang Selangor juga sibuk menceritakan tentang penyalahgunaan kuasa ahli majlis dan pemimpin UMNO yang sering memperolehi pemilikan tanah disekitar kelang. Sebagai contoh, Zakaria Md Derus dengan kes tapak tanahnya yang tidak jelas urusannya. Ada berita menyatakan bahawa tanah itu adalah tanah wakaf dan sebagainya.
Penyakit rampas harta rakyat secara tipu helah ini juga membawa kepada MAJLIS TEMPATAN di pekan pekan kecil. Sebagai contoh, di Sungai Besar, Selangor, dimana kebanyakan tanah milik kerajaan sudah bertukar tangan dan nama kepada pemimpin UMNO yang memegang kuasa disana. Diberitahu, seorang pemimpin UMNO lama, yang bernama DATO' RAMLI NORANI merupakan salah seorang pemimpin kanan PEKIDA di kawasan tersebut. Beliau adalah Bendahari UMNO kawasan dan beliau dilapurkan menggunakan kuasanya sebagai orang penting politik dan badan NGO untuk membolot tanah yang terdapat di bandar kecil itu.
Kes terbaharu yang diberitahu adalah tentang pemindahan pasar besar Sungai Besar ke kawasan baru dan lokasi lama di bangunkan dengan bangunan HOTEL 3 bintang. Menurut sumber yang boleh dipercayai nama kroni diletakkan sebagai pemilik tanah. Beliau turut memperolehi beberapa lot ruang pasar di bangunan baru pasar.
Rakyat tempatan berharap agar, perubahan kerajaan negeri dapat membongkar jenayah terancang pemimpin UMNO seperti ini. Menurut sumber, Dato Ramli turut bermegah dengan penduduk kampung menyatakan bahawa "HARTA AKU TIDAK AKAN HABIS WALAUPUN 7 KETURUNAN", dan penduduk Sungai Besar cukup faham tentang beliau ini.
Dengan perubahan sistem pemerintahan dan individu individu penting ini maka, semua penyalahgunaan kuasa pemimpin lama dapat di selesaikan dan hasilnya, semua harta rakyat dapat dirasai dengan adil dan saksama.
Yang terlibat dengan semua agenda buruk ini adalah di kalangan kakitangan kerajaan yang sekarang masih berada di dalam jabatan dan pejabat daerah. Pejabat Tanah Majlis Daerah Sabak Bernam yang sebelum ini telah membuat semakan pemilikan tanah untuk mengetahui tentang status sesebuah tanah itu. Apabila tanah itu tidak dimiliki oleh sesiapa, maka mereka memohon dengan cara yang betul tanpa pengetahun ramai orang.
Wak juga diberitahu bahawa terdapat harta dan tanah milik Jabatan Agama Islam selangor yang telah di sewa dengan harga yang murah kepada orang tengah dan dinaikkan harga untuk disewa kepada pihak lain. Urusan ini sudah berjalan terlalu lama dan menyebabkan kredibilit Jabatan Agama Islam Selangor turut dipertikaikan.
Namun semua bukti ini hanya akan diperolehi dengan penyelongkaran data dan fail fail yang terdapat di dalam Sesebuah jabatan itu dan kalau semua ini dapat dilakukan, sudah pasti Selangor akan menjadi lebih maju dari sekarang dan rakyat akan menjadi bertambah makmur dengan peluang yang adil dan saksama tanpa membataskan antara yang miskin dan yang kaya, yang berpangkat atau rakyat biasa.
Wak diberitahu bahawa pegawai pegawai kerajaan yang korup di dalam keadaan yang membingungkan dan sekarang sedang mencari alasan dan cuba untuk menyelamatkan diri masing masing. Kita tunggu apa yang berlaku. Selangor negara maju dan kalau gula, ada semutnya dan sekarang semut sudah kebingungan kerana gula yang diperolehi bukan untuk mereka sahaja. Tamak haloba menjadikan seekor semut mati kerana kegemukan dari hasil haram.
Salah guna kuasa di dalam kerjaan negeri Selangor sudah sememangnya diketahui umum. Namun rakyat berharap agar ianya terbongkar dengan usaha yang padu dari kerajaan yang baru. Hampir seluruh PBT dan MAJLIS tempatan di pengaruhi oleh UMNO sebelum ini. Pegawai yang kononnya cuba berbaik dengan pemimpin UMNO, sanggup digunakan untuk kepentingan mereka. GOMBAK, SHAH ALAM, KAJANG, KELANG dan beberapa tempat lagi mempunyai banyak rahsia. Bongkar selagi mampu. Alhamdullillah, kita berjaya UBAH sebelum Selangor menjadi PARAH.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment