KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 9, 2008

POLIS SEMBUR ASID ... TAPI SIKIT AJE?

9 bas bawa pengundi luar punyai nombor plat berbeza
Saidah Hairan
harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 9 Mac (Hrkh) - Sembilan bas yang didakwa membawa pengundi hantu didapati tersadai di Balai Polis Marang mempunyai plat pendaftaran berbeza.

Antaranya bas yang didaftarkan di Perak dengan pangkal (A), Wilayah Persekutuan (W) dan Selangor (B) iaitu bas sekolah dan persiaran.

Semua bas yang menuju ke Kuala Terengganu itu ditahan jentera dan penyokong PAS di Rusila lebih kurang jam 11.45 pagi semalam.

Mengulas mengenai penahanan tersebut, Ketua Polis Negeri, Dato' Ayub Yaakob memberitahu bas yang ditahan penyokong PAS itu hanya membawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan pelancong.

Ketika bercakap pada sidang media beliau mengakui polis simpanan persekutuan (FRU) telah menyembur asid terhadap ahli dan penyokong PAS supaya bersurai.

"Ya, polis sembur asid tapi sikit je..," katanya ketika menjawab soalan wartawan di perkarangan balai polis, tengahari semalam.

Beliau turut menafikan pihak polis telah menggunakan peluru hidup terhadap seorang penyokong PAS.

Bagaimanapun, katanya, polis akan menyiasat penahanan anak Presiden PAS, Muhamad Khalil dan 22 orang penyokongnya yang terbabit dengan kejadian terbabit.

Pada kejadian yang mencetus ketegangan itu, ribuan penyokong PAS berkumpul bagi menghalang bas yang dipercayai membawa pengundi tidak dikenali di Rusila.

Bagaimanapun kemudiannya anggota polis mengiringi pengundi yang meragukan itu ke pusat pengundian. - mj

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive