Wak baru terima panggilan dari teman. Dia berada di Tasek Shah Alam. Tidak pulang ke rumah sejak malam tadi. Menalipon wak jam 7.30 pagi. Berlegar dan bersembahyang subuh beramai ramai di Masjid Selangor. Entah bau macam mana, tak mandi tak apa.
Punya gembira. Bayangkan dunia......Selangor sudah bukan BN punya. Sebelum ini mereka sering berharap dan berdoa agar menjadi seperti negeri kelantan dan sekarang semuanya menjadi kenyataan. Menurut Teman tersebut yang kini berada di tasek bersarapan, dia rasa Selangor udara bersih dan nyaman sekali pagi ini. Tidak bimbang dengan kuasa UMNO yang menyekat dan mengkudakan undang undang sesuka hati mereka dan kini semua wajah di Tasek kelihatan tersenyum senyum
Wak pening kepala fikirkan sorang kawan tu. Lantak kau.....dah besar pandai fikir. Tapi yang penting, Selangor kita punya. Rakyat punya !!! AKu pun turut gembira kerana sekurang kurangnya aku boleh tunjuk pada negeri lain yang Selangor sedang mengikut jejak Kelantan ... Sebuah negeri yang bebas.
Bayangkan lah semua ini memang bagaikan angan angan. Wak tak pernah berfikir bahawa bendera BA yang wak kibar kan di luar rumah sejak 2 minggu yang lepas telah berjaya mencapai motif sebenar.
Aku menang, kamu menang, rakyat selangor menang !!!
Wak sudah ajar anak anak tentang hidup berdemokrasi. Biar semua menjadi pengajaran kepada mereka. Ini yang kita pilih, kita tidak sekadar angguk dan geleng geleng mengikut rentak pemimpin. Lawan tetap lawan dan sekarang kita harus lebih peka untuk menjadikan Selangor sebuah negeri yang aman, maju dan mengekalkan ciri ciri Islamnya.
lagi sekali wak ingatkan.....sesiapa yang makan tempe tu, jangan harap muka licin. Hanya manusia yang bodoh saja berfikir seperti itu. Khir Toyo ... !!! Nak main golf bagi tau, biar wak belasah kau cukup cukup.
Kawan wak tu tak balik lagi dari Tasek Shah ALam. Mundar mandir dengan teman lain. Biarkan mereka gila. Isnin sudah start kerja. Jangan jalan sampai seminggu, cakap sorang sorang. Tu bahaya namanya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment