KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 9, 2008

Orang ramai halang petugas pilihan raya cuba larikan peti undi

harakahdaily

PASIR MAS, 8 Mac (Hrkh) – Suasana di bandar ini agak tegang awal malam tadi apabila orang ramai melihat peti undi yang sepatutnya dibawa ke tempat penjumlahan cuba dilencongkan ke tempat lain.

Beberapa saksi memberitahu peti undi tersebut yang dibawa dengan sebuah kereta dengan diiringi kereta peronda polis tidak membelok ke arah Dewan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM).

Orang ramai yang menyedari kereta itu cuba memecut ke tempat lain telah mengejarnya dan menahan secara beramai-ramai berhampiran sebuah klinik di bandar Pasir Mas.

Malah ada di antara mereka bertindak agresif merosakkan kereta tersebut sehingga menyebabkan pemandunya melecong semula ke dewan MDPM.

Bagaimanapun saksi memberitahu kereta peronda polis dibiarkan berlalu ke tempat lain memandangkan kereta tersebut tidak membawa peti undi.

Lebih 1,000 penduduk tempatan yang keluar menanti keputusan rasmi diumum dikejutkan dengan aksiden memalukan tersebut sehingga mereka bertindak agresif menghalang kereta tersebut.

Sehingga sekarang orang ramai berada di sekitar kawasan tersebut untuk mendengar pengumuman rasmi daripada pegawai pengurus pilihan raya Pasir Mas.

Biar pun tindakan agresif berlaku sekejap tadi namun keadaan masih terkawal. Maklumat mengesahkan Dato’ Ibrahim Ali mengalahkan calon BN, Ahmad Rosdi Mahmet bagi kerusi Parlimen Pasir Mas.

Manakala di Dun Tendong, Dr Mohd Daud Mohamad mengalah Mohd Fauzi Mohamad, di Chentok – Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman mengalah Dato’ Abdul Rahim Abdul Rahman dan Haji Hanifa Ahmad menewaskan Haji Hanafi Mamat.

Sementara itu orang ramai yang mengundi di saluran tiga Sekolah Kebangsaan Mekasar melahirkan rasa kesal terhadap pegawai pengurus di pusat pengundian itu tersebut kerana mereka terpaksa beratur sehingga lebih tiga jam.

“Saya tidak pernah lagi mengalami masalah seperti ini sehingga terpaksa beratur panjang sehingga lebih tiga jam. Ini menggambarkan pengurusan pusat pengundian tersebut tidak cekap dan perlu diperbetulkan.

“Tidak sepatutnya keadaan seperti itu dibiarkan berlaku kerana ia boleh menghilangkan minat orang ramai mengundi,” kata seorang pemilih.

Bagaimanapun di saluran-saluran lain di pusat pengundian tersebut proses pengundian berjalan lancar dan tidak ada yang menunggu lama. - mj

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive