KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 9, 2008

POLIS BEKERJASAMA SEMUA PIHAK?

Polis Akan Beri Kerjasama Kepada Semua Pihak - KPN

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan kerjasama yang baik kepada semua parti politik walaupun mereka daripada kalangan parti pembangkang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan bekerjasama dengan semua pihak kerana tugas polis adalah memastikan keselamatan rakyat terjamin tanpa dikuasai oleh mana-mana parti politik.

"Polis akan memberikan kerjasama kepada semua. Contohnya di Kelantan, walaupun pembangkang yang memerintah polis tetap memberi kerjasama kerana tugas polis hanyalah menjaga keselamatan..polis tidak boleh dipolitikkan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas mengenai calon tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memenangi pilihan raya kali ini, Musa berkata polis tidak mempunyai bidang kuasa ke atas mereka.

Ditanya adakah perancangan jangka panjang PDRM akan berubah berikutan pembangkang menguasai beberapa negeri, Musa berkata tidak ada sebarang perubahan dan semua perancangan akan dilaksanakan mengikut perancangan.

"Tak akan ada perubahan..kita akan teruskan apa yang dirancang," katanya.

Sementara itu, polis meminta rakyat supaya bertenang dan menerima keputusan pilihan raya secara terbuka bagi memastikan proses peralihan kuasa dapat dijalankan mengikut prosedur undang-undang.

Beliau berkata rakyat seharusnya bertenang bagi memastikan proses peralihan kuasa di Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dapat dilaksanakan dengan lancar.

No2umno - Percayakah anda kenyataan yang dibuat oleh seorang yang naik pangkat kerana angkat tilam? AKu tak caya langsung. Musa Hassan mahu tahu ...sila tanya Anwar Ibrahim. Sejauh mana Polis memberikan kerjasama. Kalau benar bagai dikata .... sila letak jawatan.

Sekadar memberitahu .... Perhimpunan di depan SUK, Bangunan setiausaha masih terus berjalan sehingga kini. Diberitakan ada usaha untuk membawa keluar fail fail tetapi sejauh mana berita ini benar, tidak diketahui. Namun SUK mempunyai 3 pintu masuk dan keluar. Pintu utama di depan menghala ke Bangunan MBSA, sebuah menghala ke Bangunan POLIS Kontijen dan sebuah lagi menghala ke seksyen 6, Shah Alam. Ketiga tiga pintu ini perlu dikawal untuk mengelak sebarang usaha. Sejauh mana pihak polis boleh menghalang laluan ini digunakan untuk menyeludup barangan keluar?

1 comments:

nasa said...

musa hasan baru perasan bahawa suara rakyat sudah mula menunjukkan kuasanya.Apatah lagi dalam keadaan faktor anwar masih lagi reelevan. Saya tidak terkejut andainya selepas april ini akan berlaku satu lagi reformasi politik dalam pentadbiran negara. Dan kita akan saksikan kemunculan Anwar dalam tampuk kuasa. Lalu bagi mereka yang telah mengangkat tilam dsb nya dahulu, adalah wajar untuk mereka cepat2 menukar kulit. Nak tau respons Gani patail tentang kemenangan BA dalam PRU 12 ni, any info?

Posting terkini

Blog Archive