kelantankini
KUALA TERENGGANU: Satu perhimpunan membabitkan 10,000 rakyat Terengganu dirancang diadakan bagi menyatakan sokongan kepada istana, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Rosdi Baba.
Katanya, perhimpunan tersebut akan diadakan di Batu Buruk, di sini dalam masa terdekat ini serta perarakan ke Istana Tetamu.
“Kita menentang sikap penderhaka kerana ia bukan sahaja tidak beradab tetapi juga tidak menghormati institusi Raja.
“Kami melihat ada kain rentang yang ditampal di istana mengandungi perkataan yang tidak sesuai untuk ditujukan kepada istana.
“Sama ada mendapat permit polis, atau tidak perhimpunan tersebut akan tetap diadakan,” katanya lagi sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.
Dalam perkembangan berkaitan, PKR negeri menggesa ketegangan antara istana dengan BN ditangani “dengan penuh berhemah dan berhati-hati, terutamanya dalam menjaga hubungan intim dengan pihak istana kerana ia amat sensitif bagi orang Melayu.”
Setiausaha PKR negeri, Razali Alias berkata jika BN atau Umno tidak bersetuju dengan lantikan MPPR, langkah yang lebih sopan disyorkan dan bukannya melalui “kenyataan-kenyataan yang berbetuk penghinaan atau tekanan terhadap pihak istana.”
Sebelum ini Bernama melaporkan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyarankan Perdana Menteri dan Idris Jusoh supaya menghadap pihak istana bagi menyelesaikan isu pelantikan Menteri Besar Terengganu yang kian meruncing.
Muhyiddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, jika terdapat sebarang masalah antara Idris dengan pihak istana, ia perlu diselesaikan segera supaya tidak memberi kesan kepada rakyat.
Menurutnya, isu pelantikan Menteri Besar Terengganu harus ditangani dengan cara terbaik kerana yang penting adalah hati rakyat harus dijaga kerana mereka mungkin akan merajuk dan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
TAK PAYAH DOK JAWAB BUAT QAMAI
41 minutes ago
2 comments:
Apa yang 23 adun umno patut lakukan?
1) SEMUA 23 ADUN TERENGGANU KENA LETAK JAWATAN .ITU PUN KALAU ADA MARUAH.ITU PUN KALAU ADA BATU.PEMBACA SEMUA BOLEH RUJUK KEMBALI KENYAATAN MEREKA..DALAM YOUTUBE PUN ADA..
2) LEPAS NI BOLEH BUNGKUS TIKAR BANTAL KELUAR DARI TERENGGANU,CARI LAH MANA-MANA PULAU.
Apa yang patut kita lakukan?
AJAR SEMUA ORANG UMNO RUKUN NEGARA.TERUTAMA PAK LAH , 23 DUN UMNO TRG DAN PEMIMPIN UMNO YANG BUAT KENYATAAN BODOH DAN MENDERHAKA..
BUAT KURSUS UTK MEREKA SEKURANG-KURANGNYA 2 MINGGU.,SIAP DGN LATIH –TUBI.BIAR INGAT SAMPAI MATI.
INI IALAH RUKUN NEGARA,
1)Kepercayaan kepada Tuhan
2)Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3)Keluhuran Perlembagaan
4)Kedaulatan Undang-undang
5)Kesopanan dan Kesusilaan
.MANAYANG PALING UTAMA DAN YANG PALING ATAS??
TAPI PAK LAH MUNGKIN BOLEH DIMAAFKAN SEBAB DIA TER TIDUR…
kalau polis berkasar dgn perhimpunan ini nanti,bermakna polis sokong pakatan umno yg melawan sultan..bererti polis juga menderhakai sultan....tangkap je polis tu humban dlm kandang rimau utk jadi pencuci kandang tu...
Post a Comment