matsamankati
Dua tiga hari ni, aku sebok dengan pengurusan parti. Sebok melayan orang berebut nak jadi Ketua Kampung, sebok dengan orang melobi nak jadi Ahli Majlis. Boleh gila jadinya.
Macam-macam perangai orang aku jumpa. Kalau sebelum pilihanraya, nak cari PACA pun tengah mati, tapi bila BR memerintah Perak, orang yang selama ini tukang jilat Rafidah dan Nazri pun datang jumpa aku. Kalau aku ada jawatan penting dalam parti, tak kisah lah. Ni habuk pun tarak.
Orang-orang ni, Ketua Bahagian pun depa tak kenal. AJK bahagian lagi depa tak tau. Tapi bila dah tersepit, baru mai cari orang Keadilan. Depa ingat, aku ni ada jawatan penting dalam parti sebab depa tengok aku bagi ceramah.
Dalam banyak-banyak orang yang datang, ada barua-barua UMNO yang mintak aku jadi broker untuk beli ADUN dari PKR supaya masuk UMNO. Yang buat aku sakit hati, barua-barua ni merupakan orang kuat Keadilan, yang menjerit Sumpah Pemuda, Sumpah Keramat, reformasi, satu masa dulu. Salah seorang barua yang cuba meruntuhkan BR diPerak, juga merupakan orang kuat Ezam Mohd Nor satu masa dulu. Sapa dia? Aku akan ceritakan selepas semua EXCO Perak mengangkat sumpah esok.
Dan aku akan ceritakan jugak, sapa orang PAS yang mengugut untuk menarik PAS keluar dari pakatan BA, kalau Nizar tidak dilantik menjadi Menteri Besar Perak. Supaya semua orang tahu, siapa yang berjuang kerana kebenaran dan keadilan, siapa yang berjuang untuk pangkat dan jawatan.
TAK PAYAH DOK JAWAB BUAT QAMAI
1 hour ago
2 comments:
Canteeeeekkkkkkk.....Lagi cepat you expose...lagi bagus...Rakyat nak tahu manusia mana yg berkepentingan tu..Lepas ni boleh le rakyat 'ajar' dioarang...Kalau boleh letak gambar/address/phone no sekali...
Sedara...jangan mudah cepat melatah,adakah betul apa yang dicakapkan..atau hanya untuk penyedap mulut semata2..kita hanya insan biasa yang perlu ingat Allah, kita adalah hamba yang perlu perbaiki diri...jangan dok sedap mengata...satu kalam yang kita noktahkan jika ia penyebar fitnah dan memporak porandakan...tunggulah azab Allah yang amat pedih.Sama2 kita baiki.
Post a Comment