KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 5, 2008

Ahmad Tajuddin mungkin dipecat

Utusan Melalut
KUANTAN 4 April – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkemungkinan dipecat berikutan kenyataannya hari ini yang meminta semua ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu meletakkan jawatan.

Ahmad Tajuddin berkata, beliau dihubungi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob beberapa jam selepas kenyataannya disiarkan di Utusan Online.

‘‘Saya diberitahu akan dipecat kerana kenyataan tersebut,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Tajuddin berkata, beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan beraninya itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Ahmad Tajuddin berkata, langkah ahli-ahli MT UMNO meletak jawatan sejajar dengan Fasal 9.11 Perlembagaan UMNO iaitu jika semua ahli MT berhenti serentak maka Pengerusi Tetap atau timbalannya perlu mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula MT dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari.

Menurutnya, gesaan itu dilakukan berikutan kegagalan pucuk pimpinan parti dan ahli MT mempertahankan empat daripada lima negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya lalu.

No2umnO - benar benar bergolak nihhh....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive